Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 13 August 2011

TSU KOON BIDAS EZAM.. HAMBIK KO..


Walaupun Tsu Koon ni nampak macam lembik jer.. macam poyo jer.. 

tapi kadang-kadang dia punya "seeengat" tu berbisa jugak... semalam Ezam buat lakonan mantap kat Masjid Negeri Shah Alam.. konon-kononnyer dialah pejuang agama dizaman modern ni...

Baru sehari sound nak bakar media baru dan istiharkan perang dia dah dapat tetangan dari orang dalam BN jugak... lantak korang ler labu nak gaduh ke haper ker...


Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh (gambar), tindakan Ezam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

“Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

“Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat... (betui tu....)

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan itu juga akan menjatuhkan imej Ezam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwakili beliau.

“Malangnya beliau telah menggunakan pengaruhnya untuk membantah dan membalasnya, beliau juga membenarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi dan sentimen yang akan memberikan kesan negatif.

“Dengan menggunakan kenyataan bersifat ugutan, beliau bukan sahaja merosakkan imejnya selaku senator tapi juga pertubuhan yang diwakilinya,” katanya.

Semalam Ezam semasa perhimpunan aman berhubung isu murtad pertahankan JJais di pekarangan Masjid Negeri, Shah Alam melancarkan perang ke atas The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang didakwa beliau sebagai “ejen kepada pengkhianat Islam.”

“Kita sedia berperang dengan mereka... kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka Malaysiakini, (The) Malaysian Insider yang biadap kepada Jais, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

“Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar pejabat anda,” katanya.
Dalam ucapanya itu Ezam juga memberi amaran kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan Umat Islam sekiranya tidak mahu berdepan dengan “perang.”

Tambah Koh, dengan semangat 1 Malaysia semua pemimpin termasuk Ezam perlu menunjukkan sikap yang tidak bertentangan dengan prinsip itu.

Kah..kah..kah..
aku menunggu balas dari Ezam katak lak lepas ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive