Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 August 2011

TAWAN SELANGOR : CHUA MENGAKUI PEMIMPIN MCA SELANGOR "MALAS"


kah..kah..kah..
Chua akhirnya mengaku pemimpin-pemimpin MCA Selangor  sebagai pemalas...

Tapi aku respek gak ler.. dia jujur... 
tak macam UMNO,begitu lantang kata boleh tawan Selangor,tapi gerak kerja hampeh... 


Aku rasa pemimpin MCA ni jadi malas sebab dorang pun tak ada hati nak buat kerja...
kerana dorang pun tahu mengenai prestasi yang baik PR di Selangor sekarang ni...





Dalam satu temubual pada hari ini,

Dr Chua berkata pemimpin-pemimpin MCA yang malas akan dihukum di peti undi pada PRU ini.

  Walupun menyedari bahawa bahawa beberapa pemimpin MCA di Selangor adalah "pemalas", 

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek percaya masih ada masa untuk berubah dan mulakan gerak kerja bagi memenangi kembali sokongan daripada pengundi di negeri ini. 
(dah terlambat le Chua..)
 
Presiden MCA berkata demikian sebagai mengulas laporan baru-baru ini  mengenai kepimpinan parti itu agak "lemah"  di Selangor...


Pemimpin-pemimpin MCA Selangor menyalahkan Ketua MCA Selangor , Datuk Donald Lim atas prestasi MCA yang  "lemah" di Selangor


"Sebahagian daripada mereka mungkin malas, tetapi untuk mengatakan bahawa MCA tidak melakukan sesuatu untuk menghadapi pilihanraya di negeri ini adalah tidak benar.."
kata  Dr Chua kepada pemberita hari ini .
 
"MCA di Selangor bekerja seperti biasa.  
Mungkin ia tidak mencukupi dan perlu meningkatkan."

"Sesetengah daripada mereka bekerja keras, beberapa yang lain hanya banyak bercakap...."


 "Saya tahu siapa mereka. Sebagai seorang presiden yang selalu turun padang, saya tahu yang mana buat bekerja dan yang mana tidak, "katanya. 

Apabila ditanya sama ada apa-apa tindakan tatatertib akan diambil terhadap pemimpin-pemimpin yang malas ini , Dr Chua berkata, ia adalah terserah kepada rakyat untuk membuat keputusan. 


"Dalam politik, tindakan disiplin adalah pada keputusan pilihan raya," katanya. 


Dr Chua juga memberikan komen berhubung dakwaan Ketua penerangan UMNO Selangor ,Abdul Shukor Idrus, bahawa BN akan menewaskan  Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dalam pilihanraya yang akan datang dengan majoriti kekalahan 20 kerusi..


"Dalam Pilihanraya, ahli-ahli politik akan sentiasa mengatakan mereka yang akan menang... 



"BN akan mengatakan mereka akan menang, PR pula mengatakan mereka akan menang. Akhirnya, hanya satu pihak sahaja yang  menang". kata Chua lagi.


Macam mana BN nak menang..? 
sedangkan tadi Chua sendiri mengatakan ramai pemimpin MCA yang MALAS..?

orang malas selalunya rugi ler beb...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive