Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

TAIB MAHMUD MALAS TURUN TAKHTA : "PERHIMPUNAN "WALK FOR DEMOCRACY & REFORMS" ESOK


Inilah akibatnya jika janji tapi tak tepati...
waktu Pilihanraya Dun Sarawak dulu,Najib dah janji akan menggantikan Taib Mahmud dengan ketua Menteri baru...


tapi ni dah berapa bulan dah..?
Taib Mahmud masih melekat lagi kat kerusi Ketua Menteri nya tu...


macam iklan kahak dalam TV tu...
kahak tu kata "aku tetap disini!!!!"

begitulah juga Taib Mahmud... dia tetap dikerusi KM walaupun rakyat Sarawak benci dan mahukan dia supaya meletak jawatan...

Kini akibat "kemuakan" yang melampau.. 
kerana para pemimpin sarawak mengabaikan kebajikan rakyat bawahan... maka..
MoCS telah mengumumkan bahawa mereka  akan mengadakan satu perhimpunan dan perarakan di bandaraya Kuching, Sarawak pada 13 Ogos... esok ler tu

Presiden MoCS.. Francis Siah,telah mengumumkan  untuk mengadakan perhimpunan tersebut dan beliau juga menjelaskan perhimpunan tersebut adalah untuk memperlihatkan suara rakyat Sarawak bagi memperjuangkan masa depan Sarawak.

perhimpunan ini hendak dilakukan adalah berpunca dari sikap pemimpin Sarawak yang hanya mementingkan diri sendiri,...

termasuklah Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud yang mengumpulkan kekayaan peribadi dengan begitu banyak dan mewah sedangkan rakyat bawahan masih hidup dalam keadaan yang susah dan tidak banyak perubahan dalam ekonomi seharian rakyat..

Taib mahmud juga memungkiri janji beliau untuk berundur dari jawatan ketua Menteri selepas Pilihanraya Dun Sarawak..

Francis Siah juga telah memberikan jaminan bahawa tiada keganasan akan berlaku pada perhimpunan itu nanti dan mengatakan pihak MoCS akan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Manakala seperti biasa... Polis memberikan amaran kepada rakyat bawahan yang mahu suarakan suara rakyat agar tidak menyertai perhimpunan tersebut

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong berkata polis telahpun mendapat perintah mahkamah semalam (11 Ogos) untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut jika mereka masih lagi enggan mematuhi arahan yang telah diberikan polis.


"Polis juga telah diberikan kuasa untuk menahan sembilan indidivu termasuk Ketua MoCS Franchis Siah sendiri jika mereka turut berada di kawasan sekitar halaman Muzium Sarawak petang esok," katanya kepada pemberita hari ini.


Beliau berkata untuk memastikan keadaan terkawal, pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan yang dirancang untuk perhimpunan itu.


Menurutnya polis juga sudahpun bersedia dengan beberapa strategi untuk mengawal sebarang perhimpunan haram berdasarkan kepada beberapa pengalaman sebelum ini.

hai.... nak suarakan suara rakyat teramai secara aman pun dah tak boleh dah di negara ni...

tapi kalau UMNO siap bawak mangkuk tandas dan berjoget-joget macam orang gila kat tengah jalan tu takpe pulak..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive