Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

SPR BERCAKAP SEOLAH-OLAH SPR NI UMNO..


Cara SPR mengeluarkan kenyataan ni ibarat SPR ni geng UMNO pulak..
patutnya SPR kenalah bebas dari menyokong mana-mana pihak,dan juga bebas dari kelihatan "membenci" Pakatan Rakyat...

parti politik dalam Malaysia ni adalah "Pelanggan" kepada SPR...

 jadi SPR kena adil kepada semua....

mari kita lihat kenyataan dari SPR ni... seolah-olah dia bercakap macam dia ni musuh kepada Pakatan Rakyat....

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menuduh Pembangkang mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan, dakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad  berkata sebelum pilihan raya umum ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan itu.

Malah kata beliau, selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.
 
Bagi aku apa yang berlaku pada 2008 lalu,janganlah dibandingkan pulak dengan penipuan yang sedang dirancang sekarang... sekarang ni dah macam-macam bukti penipuan yang Pakatan Rakyat jumpa... jadi salah ke kita bangkitkan isu penipuan dalam Pilihanraya ni..?

“Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang.

“PRU ke-13 akan menjelma. Taktik dan strategi semasa menghadapi PRU ke-12 dan beberapa pilihan raya kecil elepasnya akan berulang,” kata beliau sambil menambah, SPR sekali lagi menjadi sasaran dan ‘punching-bag’ oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil.

Wan Ahmad membangkitkan pandangan itu menerusi tulisan bahagian kedua, disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Dakwa beliau, seperti yang berlaku sebelum pilihan raya umum ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka.

“Pada 9 Julai 2011 mereka sekali lagi mempergunakan strategi yang sama iaitu menyertai demonstrasi jalanan menggunakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan berjaya mendapat liputan media antarabangsa,” katanya.

Dalam tulisannya Wan Ahmad juga membidas terdapat parti-parti politik di negara ini yang ketandusan isu untuk memikat hati rakyat dalam menghadapi PRU akan datang.

Oleh itu kata beliau, cara lain yang digunakan adalah menyebar fitnah memburukkan kepimpinan SPR supaya rakyat benci dan simpati.

“SPR dijadikan ‘kambing hitam’ dalam memperjuangkan cita-cita mereka,” kata beliau.

Katanya, parti-parti politik di mana jua akan melakukan apa sahaja untuk mencari kemenangan dalam pilihan raya, tetapi yang ketara berlaku di negara ini adalah perbuatan fitnah dan pembohongan yang menjadi perkara wajib dalam usaha mencari sokongan.

“Tidak cukup dengan kecaman terhadap parti lawan, SPR turut dijadikan sasaran kecaman dan fitnah. Mereka membuat kesimpulan atas sesuatu isu yang berbangkit semata-mata berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah,” kata Wan Ahmad lagi.

Beliau seterusnya menulis, melalui ceramah dan tulisan, tanpa rasa berdosa SPR dikecam semata-mata kerana buruk sangka terhadap agensi pengendali pilihan itu.

“Kebencian rakyat terhadap SPR dan pilihan raya diharapkan menjadi undi simpati yang memihak kepada mereka dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

Sebagaimana semalam, Wan Ahmad juga mempertahankan bahawa sistem pilihan raya negara ini bebas dan adil.

“Rakyat perlu sedar bahawa di negara ini golongan yang menuduh pilihan raya tidak adil terdiri daripada mereka yang telah menang dalam pilihan raya..

penipuan memang ada masa 2008,tapi tidak sebesar penipuan pada masakini... jadi gelombang rakyat yang inginkan perubahan pada 2008 lebih besar dari ombak penipuan... lantas menenggelamkan terus tektik-tektik penipuan pada 2008.

“Mungkinkah mereka menang jika pilihan raya dijalankan secara tidak bebas dan tidak adil?, atau jika proses pengundian atau pengiraan undi tidak dilakukan dengan telus dan bersih?” katanya lagi.

Yer,aku pernah juga dengar pandangan dari ahli politik bahawa PRU12,Pakatan akan sapu bersih Putrajaya jika pilihanraya ini benar-benar bersih....

dan pandapat kedua adalah pada 2008,PM Pak Lah tidaklah merestui sangat penipuan dalam pilihanraya...

maknanya penipuan dalam PRU 2008, tidak mendapat restu oleh seorang PM untuk melakukan penipuan secara besar-besaran seperti yang berlaku sekarang ni... penipuan dilakukan secara besar-besaran..

Tegas beliau, parti-parti politik tidak perlu menganggap SPR sebagai musuh dengan menabur fitnah dan kecaman yang tidak dapat dibuktikan.

masalahnya,SPR yang menganggap Pakatan Rakyat sebagai musuh SPR... apa yang kita bantah dipandang sepi oleh SPR,bila kita tegas,barulah SPR nak ambik tahu... kalau tak,semua bantahan akan dotong sampahkan..

“Dalam pilihan raya demokratik yang penting adalah proses pemilihannya bebas, telus dan adil. Siapa yang layak boleh bertanding dan calon yang dipilih rakyat akan menang dalam pertandingan. Parti yang mendapat jumlah kerusi majoriti akan menubuh kerajaan,” ujar beliau.

 Malah kata beliau, di negara ini ada pihak-pihak yang pintar dalam bidang berkenaan dan “mereka mengaburi mata rakyat dengan menuduh pilihan raya tidak adil, tidak telus dan kotor. Pelbagai alasan diberi apabila mereka kalah.”

Kita kemukakan bukti-bukti dalam bantahan kepada SPR,bukan main cakap jer weeeh... kenapa berat sangat nak buat dakwat kkal tu..?

“Mereka tidak dapat menerima kemenangan orang lain. SPR yang menjalankan pilihan raya secara adil dan saksama yang telah memberi kemenangan kepada mereka, turut menjadi sasaran kecaman dan fitnah,” tulis beliau lagi.

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive