Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 24 August 2011

SPERM 56 JAM HANYA SATU KES DALAM 30 TAHUN PENGALAMAN.


Marilah kita sama-sama sedar dan insaf bahawa,jika sesuatu perkara itu tidak benar ataupun direka-reka,pastinya mengundang banyak persoalan...

ianya akan jadi janggal dan akan dipersoalkan kerana tiadalah  "kepelikan" itu berlaku beberapa kali dalam satu kes yang sangat pelik dan yang sangat unik...

Pakar Patologi forensik dari Australia mengatakan bahawa kejadian kelapa sperma ditemui pada badan-badan seseorang selepas 65 jam hanya berlaku sekali sahaja dalam tempoh 30 tahun pengalaman beliau...
beliau juga mengatakan, penemuan saintifik tidak boleh bersandarkan pada keadaan yang jarang-jarang wujud.

David Wells, saksi pakar pasukan peguam pembela dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika disoal oleh pendakwa raya mengenai kewujudan kepala sperma selepas 65 jam hubungan seks diadakan, mandi dan membuang air besar.


Peguam Cara Kanan II Datuk Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ada kajian kes di United Kingdom yang memutuskan penemuan seumpama itu, yang bercanggah dengan dakwaan awal bahawa sperma hanya boleh hidup sehingga 36 jam.


Ketika disoal balas, Dr Well menjelaskan bahawa beliau sedar kes sedemikian.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa ia satu-satunya kes yang beliau tahu sepanjang 30 tahun lalu pembabitannya.


Dr Wells juga berkata beliau juga pernah menguji spesimen sperma selepas 56 jam dan mendapati tiada sebarang keputusan.


“Itu hanya satu kes yang saya tahu di mana adanya (bahan) literatur dalam 30 tahun (lalu). Adakah anda bersandarkan pada satu kes saintifik ke atas premis tunggal?


“Saya fikir kebanyakan daripada kita akan berkata tidak tahu atau tidak memberi pandangan,” kata beliau menjawab Yusof.

kes saiful ni adalah pelik dalam pelik dan dalam pelik...

macam mana aku tak katakan pelik..baca bawah ni :

1) saiful ni hanya kerja dengan Anwar beberapa bulan saje sebelum   menuduh Anwar kena liwat...

2) lepas tu dia rupanya adalah saudara kepada Mumtaz jaafar yang juga pembantu rapat Rosmah.. (kebetulan jugak ker..?) 

3) saiful boleh pulak datang ke pejabat Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu Najib adalah TPM, sebelum tarikh yang dia katakan dia diliwat.. dan bergambar dengan pembantu Najib,si Khairil annas,kat sini lah mula silapnya.

4) lepas tu, selepas dia kata diliwat tu,dia siap makan karipap dengan Anwar dan beberapa rakan Anwar pulak..(tak pernah berlaku kes yang macam ni,dia tengah marah dengan Anwar sebab kononnyer anwar liwat dia,leh sembang baik lak sambil makan karipap?)

5) lepas tu,masih boleh pulak hadiri majlis kelab Anwar Ibrahim kat rumah Anwar sendiri.

6) Saiful boleh pulak pergi sendirian berjumpa dengan Najib yang sewaktu itu TPM untuk mengadu dia kena liwat,yang kebiasaannya orang kena liwat atau mangsa rogol akan pergi ke balai polis untuk membuat report sejurus kejadian.

7) Saiful tidak membersihkan juburnya selama dua hari selepas kejadian.

8) Saiful pergi solat Jumaat tanpa mandi hadas kerana dia tidak cuci jubur dia,kenapa pulak dia buat macam tu..? kalau kata dia nak jaga bahan bukti bagi mendakwa Anwar,kenapa dia tidak terus ke balai polis atau ke hospital sahaja..? kenapa sanggup pergi solat sedangkan dia tahu dia berhadas..?

9) Saiful kata dia tidak berak dua hari sebelum pergi ke hospital untuk check jubur dia..konon-kononnyer nak bagi kita faham sebab tidak cuci 2 hari dan tidak berak dua hari itulah maka DNA Anwar tu masih ada dalam bontot dia..

10) Tapi bila Dr. check mendapati,jubur dia "kosong" tak ada taik dah,maknanya dia sebenarnya dah berak..

11) laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan,mengatakan dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja
Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat.

12) Najib,semasa kes liwat ini tersebar kepada umum terus menafikan dia mengenali si Saiful ni,tetapi apabila Wan Azizah mendedahkan gambar Saiful di pejabat TPM (Najib waktu itu TPM) barulah dia mengaku mengenali Saiful..itupun selepas di desak oleh wartawan yang menanyakan gambar saiful di pejabatnya.

mula-mula Najib kata, 
“Saya langsung tidak kenal siapa itu Saiful Bukhari”

kemudian selepas ditunjuk gambar Saiful berada di pejabatnya Najib kata,
“Ohhh saya kenal, dia datang kerana nak mintak biasiswa”

Kemudian dengan desakan keras wartawa beramai-ramai Najib kata,
“Saiful memang datang jumpa saya di kediaman saya dan mengadu kena liwat. Tangan dia seram sejuk!”

Jadi korang nak aku terima ke kepelikan demi kepelikan dalam kes ni..? 
sorry lah beb... bagi aku ni semua fitnah terancang yang tidak terancang sudah...

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive