Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 19 August 2011

SIMBAH ASID : SEMAKIN TERTEKANKAH MASYARAKAT KITA



Wajah Mohd Rafie Abdul Latifff sebelum dan selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali di Kuala Lumpur 8 Ogos lalu.
Banyak sangat kisah orang awam disimbah asid oleh orang yang tidak dikenali berlaku di negara kita ini...
pada bulan March tahun ini,di Kuala Lumpur,3 orang telah disimbah asid semasa sedang bersiar-siar...
menyebabkan salah seorang mangsa menjadi buta kekal...
awal bulan ini juga,seorang lelaki disimbah asid oleh orang yang tidak di kenali di Kota Bharu,dan badan beliau melecur 17%...
mangsa pada March lalu.
Dan antara yang terbaru adalah yang berlaku di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur  iaitu pada 8 ogos baru-baru ini.... 

apabila seorang lelaki berusia 27 tahun menjadi mangsa disimbah asid  menyebabkan muka beliau melecur..
yang peliknya semua kejadian tu tak ada satu pun yang mempunyai apa-apa motif...
semuanya disimbah asid seakan-akan sesuka hati mak bapak orang yang menyimbah tu jer... 
macam juga ler sesuka hatinya mak bapak FRU menyembur air pada 9 July lalu..

tapi kita yang sedar keadaan ni adakah kita berwaspada pada setiap kali kita berada di luar rumah...?

kebanyakan dari kita tidak akan ingat kisah yang menimpa mangsa-mangsa tersebut setiap kali kita berjalan-jalan di KL..

seolah-olah kita sangat pasti kita tidak akan disimbah asid tu...

aku membawakan masalah ini adalah kerana jika dilihat pada kejadian-kejadian yang berlaku tu...
seolah-olah dalam masyarakat kita ni ramai yang sedang mengalami tekanan perasaan..

kemudian cuba melepaskan pula tekanan yang mereka alami terhadap orang lain.. yang tiada kena mengena langsung dengan mereka.. 

mungkinkah mereka tertekan dengan masalah kesempitan hidup dan menyebabkan jiwa mereka memberontak...
bagi aku itulah petanda negara membangun dengan keadaan "roh insan" dipinggirkan... masyarakat kita semakin jauh dari agama...

inilah bentuk hukuman yang terpaksa kita terima apabila agama kita ketepikan.. 
itu belum lagi kita bicarakan soal gejala maksiat anak muda kita... 

Undang-undang juga harus diperketatkan agar mereka yang bersalah ini dihukum dengan hukuman yang setimpal.. hukuman yang dikenakan ke atas pesalah "simbah asid" ni sangat tidak padan dengan nasib yang "terpaksa" diterima oleh mangsa mereka...

sebagai contoh..
seorang pesalah kes simbah asid di Bangsar yang berjaya di berkas baru-baru ini telah dihukum mengikut seksyen 352 kanun keseksaan yang membawa kepada hanya 3 tahun penjara atau denda RM1,000 sahaja.
 mana nak padan beb....
jalan-jalan tu tengok-tengokkan siapa di belakang kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive