Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 3 August 2011

SIJIL HALAL : MCA KECAM JAKIM


Bagi aku... bagi aku sendiri ler kan..

MCA kebelakangan ni semakin menampakkan belang mereka..

aku tak tahu ler apa pandangan korang,tetapi dimata aku,begitu ler yang aku nampak...

Terbaru,Bos MCA.. 
MCA ni adalah salah satu parti komponen dalam BN... 
jadi kalau korang nak undi BN,samalah macam korang undi MCA gak...faham-faham je lah...

Bos MCA ni telah menempelak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),beliau menganggap JAKIM  tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal.. 

sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam..


“Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa, mereka perlu membenarkan ruang untuk komunikasi. Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal,” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) di sini hari ini.


Dr Chua berkata demikian ekoran banyak aduan daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengenai validasi pengesan DNA yang baru dilaksanakan untuk mengesan pencemaran komponen khinzir dan anjing.


Seorang pengilang bebola ikan dari Johor Baru yang hanya mahu dikenali sebagai Ang berkata pegawai-pegawai Jakim telah mengambil sampel dari kilangnya Januari lalu dan telah membatalkan sijil halalnya 2 bulan kemudian disebabkan 
kesan pencemaran khinzir.


“Apabila meminta mereka menunjukkan laporan, mereka tidak sanggup. Tidak ada salinan yang diberikan. Mereka meminta saya merayu (untuk sijil yang baru),” kata Ang.


Bagaimanapun ramai usahawan tidak berpuas hati kerana permohonan untuk mendapatkan sijil halal memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan dan keadaan itu menjejaskan perniagaan.


“Apabila syarikat-syarikat ini ditolak, mereka memerlukan enam bulan untuk memohon semula (untuk mendapatkan sijil halal). Sesetengah daripada mereka mengambil masa sehingga satu tahun. Ini adalah tidak adil.


“Jakim perlu mendidik dan membimbing syarikat-syarikat ini, bukan menyusahkan mereka, “kata Dr Chua lagi.


Wakil Persatuan SMI Malaysia berkata mesin DNA yang baru ini sangat sensitif dan mudah tercemar. Mereka menggesa agar prosedur ujian semasa dikaji semula.


“Ini mungkin kes pencemaran balas. Selain itu, apabila pengesanan diambil, Jakim tidak seharusnya menggantung sijil kami selama enam bulan, tetapi membiarkan syarikat melaksanakan audit yang menyeluruh,” kata seorang wakil.


“Jakim harus membenarkan lebih ruang untuk berdialog, kami perlu tahu mengapa produk-produk kami telah ditolak, “ katanya.


Dr Chua juga berkata ketelusan tidak wujud dalam tindakan Jakim.


“Mereka akan kata anda habis (dalam kes-kes macam ini). Tiada audit kedua. Kajian di makmal bebas juga tidak diterima.


“Di Malaysia, semua pengilang mengimport bahan-bahan dari negara-negara lain. Bahan-bahan yang diimport ini disahkan halal di negara-negara import, tetapi Jakim kata ia ini tidak halal,” katanya.


“Apa sumber standard yang Jakim berdasarkan? 
Adakah ia diterima di peringkat antarabangsa?” soal Dr Chua.

“Jakim telah bersikap keterlaluan dalam mengendalikan isu sijil halal. Saya akan membangkitkan isu ini dalam jawatankuasa ekonomi negara,” kataDr Chua lagi.



Aku rasa,MCA boleh merujuk bos dorang iaitu UMNO...
UMNO kan ke bos MCA..

kalau berkaitan dengan Islam ni,elok lah MCA 
merujuk kepada UMNO,minta UMNO yang bangkitkan isu ini... jika dibuat oleh MCA sendiri,akan nampak seolah-olah MCA ni dah semakin anti Islam dan anti melayu... baca sini.

ker MCA pun dah anggap UMNO pun tak tahu tentang Islam..? 

2 comments:

  1. ada betulnya juga...Jakim buat kerja pilih2...bab nak luluskan sesuatu produk utk bg sijil halal x kan ambil masa 6 bulan...lama sgt...mmg patut pun org gaduh pasal ni...nak tunggu halal sampai setahun...benda blh buat sekejap nak kena suap dulu baru jln sapa x marah...bila org yg x tahu hukum (org cina) dia hanya tahu nak berniaga...maka org Islam kena cepat menerangkan mana yg perlu supaya mrk faham knp produk mrk x dpt sijil halal...

    ReplyDelete
  2. JAKIM pun memang satu hal... menyusah-nyusahkan sesuatu yang mudah... semua dorang ni apa pun tak boleh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive