Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 August 2011

SHAHRIZAT : DATANG KE JKM BUKAN KE GEREJA


Cakap depan media memang mudah le weeiii...
bagi yang pernah berurusan dengan JKM tahu ler macam mana layanan dorang kat orang susah dan rakyat bawahan ni...

sembang je lebih...
aku waktu buat kaji selidik awal tahun ni pernah diceritakan oleh seorang makcik berstatus ibu tunggal...

dia kata, nak dapatkan bantuan dari JKM memang susah...
di kata dia siap di HERDIK lagi di pejabat JKM...
pegawai JKM tu kata "awak ni malas,tu pasal ler hidup susah..."

patut ke pegawai tu cakap macam tu..?
yang tak pernah tahu kes-kes macam ni memang akan setuju ler dengan Shahrizat tu...

sebenarnya kisah hidup rakyat miskin ni adalah sesuatu yang takkan kita fahami jika kita tak bergaul dengan mereka sendiri..



Shahrizat Abdul Jalil  menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.
Beliau berkata kementeriannya melalui jabatan itu membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion setahun bagi membantu kira-kira 450,000 orang setiap tahun.
 
aku juga harap dia pantau sikap pegawai-pegawai JKM (bukan semua) yang sesetangahnyer tu kurang ajar dan juga biadap bila melayan karenah orang miskin ni... 

Katanya tidak timbul isu bantuan yang diberikan kerajaan tidak mencukupi memandangkan terdapat banyak agensi termasuk orang perseorangan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kementerian lain yang turut memberikan bantuan.
“Tidak ada negara di dunia ini atau kerajaan yang boleh membantu setiap rakyatnya dalam segala situasi. Kita bukan negara kebajikan tetapi kita kerajaan yang prihatin.
“Kalau ada keluarga atau mana-mana rakyat yang betul-betul tidak ada pembelaan, tidak ada duit datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat."


( bukan apa,kadang-kadang,bila orang susah dimaki hamun oleh pegawai JKM dan orang susah ni pulak ceritakan kat kawan dia akan nasib dia dimaki tadi... 

...dah tentulah kawan-kawan dia yang lain rasa fobia nak pergi ke pejabat JKM.. 
kita kena ingat yer.. orang yang betul-betul miskin ni perasaan mereka lain.. 
tak macam kita yang serba ada ni...
kena faham tu... )


Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.
Bantuan tersebut meliputi wang tunai, tempat tinggal, makan minum percuma, wang pendidikan dan saraan kos ketika sakit.

harap tidak hanya memberikan jawapan selamat di depan wartawan jer...
kena pastikan JKM ni mesra golongan miskin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive