Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 August 2011

SERBUAN GEREJA : PROHAM MAHU PENJELASAN JAIS DAN HASSAN ALI.


Tak habis-habis lagi pasal kes gereja hari tu...
inilah dia..

pasal kekeliruan dan pasal salah faham dalam serbuan...
isu ni menjadi panjang berjela..

andaikata serbuan hari tu dibuat dengan sesuatu dakwaan yang jelas dan cara perlaksanaannya tidak mengelirukan pihak ketiga,sudah pastilah isu ini akan tamat sebaik sahaja tamatnya waktu sahur padahari tersebut..

Sekarang ni Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali membuat penjelasan terbuka mengenai serbuan ke atas satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya kelmarin ekoran kewujudan fakta ‘bercanggah’.


Timbalan Pengerusi Proham Datuk Hamdan Adnan berkata satu penjelasan terbuka perlu dilakukan Jais dan Hasan bagi menjelaskan mengapa serbuan itu dilakukan.

“Proham mahu Jais dan Exco Selangor (Hasan) untuk membuat satu penjelasan terbuka berhubung tindakan serbuan itu dilakukan.

“Kita juga mahu satu dialog diadakan dengan pemimpin Gereja Methodist Damansara Utama supaya perkara ini dapat diselesaikan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, serbuan itu tidak mengikut lunas undang-undang selain bertentangan dengan hak asasi manusia.

“Proham melihat terdapat satu trend di mana institusi awam tidak mempedulikan hak asasi manusia dalam tindakan mereka dan ini akan memberi implikasi negatif terhadap hubungan rakyat berbilang kaum.

“Serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama oleh dua agensi iaitu Jais dan polis pada hari itu adalah satu contoh jelas di mana mereka mengabaikan hak asasi manusia,” katanya.

Jelas Hamdan, tuduhan bahawa program itu mahu memurtadkan umat Islam adalah tidak berasas kerana tiada bukti mengaitkan perkara itu.

Fakta yang bercanggah yang dikatakan oleh Proham itu adalah :-

  1. Berdasarkan laporan media, Jais bertindak atas aduan yang tidak didedahkan. 
  2. Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula berkata serbuan itu dibuat kerana ada bukti mahu memurtadkan umat Islam tapi tiada bukti yang diumumkan.
“Sementara itu, Pastor Daniel Ho berkata program itu disertai rakyat berbilang kaum yang dianjurkan Harapan Komuniti, ia adalah majlis makan malam untuk menghargai sukarelawan,” katanya.

Tegas beliau, tindakan membuat serbuan tanpa waran geledah bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

“Ia merupakan satu gangguan ke atas satu program sosial selain akan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan penganut Kristian, tindakan ini (serbuan tanpa waran) merupakan perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Kelmarin, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun Hasan tetap mempertahankan tindakan Jais atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan, maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja tersebut

Khalid Samad pula bertidak menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)... 

sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor.

“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?” kata Khalid (gambar) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. 

Khalid menegaskan, tidak kira apa juga undang-undang, Jais seharusnya hormat premis gereja dan mendapatkan waran sebelum mengambil tindakan.


itulah yang aku kata positif dan yang kureng nak positifnya...
serbuan harus jelas,sebab ini melibatkan sensitiviti sesuatu agama di negeri ini.
cuma kita kenalah bagi kredit juga kerana keperihatinan JAIS dan Hassan Ali dalam isu murtad ini...

ianya menjadi isu besar hanyalah kerana kesilapan cara dan kaedah perlaksanaannya sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive