Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 22 August 2011

SEPINA : NAJIB DAN ROSMAH AKAN MOHON KETEPIKAN SEPINA?


sepina memang dah keluar...
tapi Najib dan Rosmah ni berani ke nak datang...?
 
kita kena faham bahawa Najib dan Rosmah boleh mohon untuk mengenepikan sepina ni.. last-last dorang berdua ni akan terlepas jugak....
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini


Najib dan Rosmah yang enggan ditemu bual merupakan antara tujuh orang diberi sepina agar memberi keterangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Enggan ditemu bual berbeza daripada disepina,” kata Karpal Singh kepada pemberita hari ini selepas Anwar memberi keterangan.

Karpal berkata sebaik sahaja mahkamah mengeluarkan sepina, mereka yang dinamakan dalam perintah mahkamah perlu datang.
Kata beliau, perintah mahkamah telah diberi Jumaat lalu.

Pada 12 Ogos lalu, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) muncul di Mahkamah Tinggi untuk bertemu dengan pasukan peguam Anwar.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan ditemu bual dan tidak akan memberi apa-apa kenyataan melainkan mahkamah mengeluarkan sepina.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang turut dinamakan sebagai saksi pembela, juga memberikan jawapan yang sama.

Karpal juga berkata mereka yang diarah memberi keterangan ketika prosiding pembelaan masih boleh memohon untuk mengetepikan perintah mahkamah.

“Ya, mereka masih boleh (memohon) mengetepikan sepina,” katanya.
Bagaimanapun jelas Karpal, beliau belum dimaklumkan apa-apa mengenai permohonan sedemikian.

Aku rasa Najib dan Rosmah mesti membuat permohonan untuk mengenepikan sepina tu...
kalau benarlah dorang akan buat permohonan tu,memang dorang ni penakut ler..

sanggup menjaja cerita fitnah ke hulu ke hilir,tetapi takut untuk di soal dalam mahkamah bagi membuktikan tuduhan tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive