Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 26 August 2011

SELANGOR TUBUH UNIT SELAMATKAN AKIDAH TANGANI ISU MURTAD


Aku respek dengan Kerajaan Negeri Selangor ni..
mereka menubuhkan unit selamatkan akidah ini pada hari ini sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu..
bagus,kalau agensi agama lain semacam nak lepas tangan jer elok lah jika Kerajaan Negeri buat sendiri..

perkara ini diumumkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali pada hari ini dan wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain..


Hassan Ali berkata, unit ini akan menjadi pusat khidmat menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan apa jua bentuk bantuan bagi mengurangkan tekanan kehidupan yang mereka alami.

Penubuhan Unit Selamat Akidah itu dibuat ekoran isu kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Ekoran daripada pertikaian yang berlaku kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah membentuk Jawatankuasa Pendengaran untuk mendapatkan penjelasan daripada Jais dan gereja.

Unit ini juga akan bekerjasama dengan Pusat Zakat Selangor
“Diharapkan orang-orang Islam yang selama ini menerima atau bercadang mendapatkan bantuan daripada gereja atau pertubuhan-pertubuhan Kristian dapat tampil ke pejabat exco untuk diambil butir-butir diri yang diperlukan yang kemudiannya akan diproses agar bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dengan segera,” katanya.

Kata beliau, sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi:-
Unit Selamat Akidah di talian 03-5544 7104/7105 atau 
Wildanul Syukri 012-952 5247, 
Al-Hafiz Abdul Wahab 013-295 0149 dan 
Nadzril Beedin 012-334 4543

di harapkan selepas ini,orang fakir miskin tidak lagi mendapatkan bantuan di gereja-gereja...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive