Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN [VIDEO]



Disini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan juga tidak aku lupakan kepada yang bertentangan ideologi...

kepada korang semua... aku mengucapkan Selamat Hari Raya dan "MAAF ZAHIR DAN BATIN"
sudah tentulah dalam kita "berpolitik" akan ada yang terasa... samada yang disedari mahupun tidak...

disini aku ingin kongsikan satu video buat tatapan kita semua.. agar kita masih kenal diri kita sendiri..
walau setinggi mana pun kita.. walau sehebat mana pun kita...
kita semua pernah dikandungkan oleh seorang manusia yang bergelar IBU...

di hari raya yang mulia ini janganlah kita lupakan insan yang kita panggil ibu ini...

jika sudah tiada,sentiasalah doakan mereka agar tenang dan bahagia "disana"


2 comments:

  1. Pejuang Kebenaran30 August 2011 at 07:14

    salam,

    saya sudah lihat youtube ucapan mat sabu berhubung kontroversi ucapan yg didakwa pro komunis. saya adalah seorang berkecuali. apapun pd saya ISLAM mengatasi segalanya samada politik partisan, sosio-ekonomi dan segalanya.

    semasa di universiti saya pernah buat sedikit kajian tentang perjuangan politik tanah air dari kaum muda, perjuangan kanan/kiri dan sehingga kemerdekaan.

    bberapa aspek dalam ucapan mat sabu, saya boleh terima seperti perjuangan kiri/radikal seperti dr burhanudin, boestaman dan beberapa nama yg disebut di dalam video klip youtube tersebut. mereka ini harus diberi penghargaan. semoga Allah merahmati mereka.

    Namun kita perlu rasional dan adil dalam menghadapi fakta sejarah. ucapan mat sabu berkaitan komunis pada saya tidak boleh diterima kerana dasar komunis sangat2 berbeza dengan perjuangan ISLAM. sememangnya kita mengetahui bahawa british pada masa itu menjajah tetapi harus diingat komunis harus diberi layanan yang kontras tidak sepertimana perjuangan radikal/sayap kiri dr burhanudin/boestamam dan sebagainya. Ianya tidak jauh berbeza bila mana perjuangan mujahidin umat islam di afghanistan awal tahun 80an turut mendapat sokongan fizikal/covert barat seperti british/usa (selain negara2 islam) dalam memerangi kaum komunis soviet union (sungguhpun dasar barat adalah serampang dua mata, tetapi perjuangan tersebut bersifat universal dalam menghadapi kaum anti fitrah)

    saya sarankan tuan pergilah ke perpustakaan, carilah maklumat tentang komunis terutama PKM tentang sejarah penubuhan, dasarnya dan sebagainya. buatlah kajian secara independence dgn hati terbuka. Insya Allah tuan akan nampak hal sebenarnya.

    secara peribadi, beberapa anggota keluarga saya turut terbunuh akibat serangan komunis yang zalim. salah seorang berlaku di parit perak di zaman darurat, perak bilamana arwah sedara saya diseret masuk dalam hutan tanpa mengetahui apa tuduhan..bebrapa hari kemudian jenazahnya ditemui dalam hutan terikat pd pokok dengan kesan tembakan. kesan trauma ini telah menyebabkan ramai anggota keluarga kami masuk tentera/polis dalam memperjuangkan keselamatan kaum keluarga/komuniti melayu islam yg dizalimi biarpun pd masa itu negara dalam penjajahan british. namun begitu antara kami masih kekal anti british dan kekal dengan perjuangan politik secara langsung/tidak langsung.

    apa yang kita lakukan termasuk penulisan blog jika tidak tepat apatah lagi ditulis dengan emosi dan membawa kepada perpecahan umat..maka kita akan bertanggungjawab di akhirat kelak..kita akan dipersoalkanNYA nanti. saya mengingatkan diri saya dan juga saudara serta blogger2 lain. Ingatlah kembalilah kepada ajaran Quran yang sebenarnya.

    semoga ALLAH memberi kita hidayah.

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas pandangan saudara itu.. saya hormati,dan seseungguhnya saya juga bersetuju bahawa kita sama-sama menolak perjuangan komunis.. dan saya juga tidak pernah menulis Mat Sabu menyokong komunis selepas tercapainya kemerdekaan negara kita.. dan saya juga tidak akan bersetuju sekiranya mat sabu menyokong komunis SELEPAS kemerdekaan...

    namun apa yang saya cuba utarakan dan apa yang mat sabu utarakan itu adalah kejadian sebelum kemerdekaan... pada waktu itu brtitish adalah penjajah negara kita manakala para pejuang yang menentang british ini telah memulakan gerakan mereka di dalam hutan yang mana memudahkan mereka bergerak untuk menentang penjajah... pada waktu itu menentang british dari terus menjajah tanah melayu adalah agenda utama.. itu sebab kita katakan mereka berjuang menentang penjajah..

    namun apa yang orang lain salah faham dan keliru dengan ucapan mat sabu itu adalah,mereka menganggap mat sabu menyokong perjuangan komunis selepas kemerdekaan... TIDAK!..

    mat sabu,atau pun pas keseluruhannya tidak pernah menyokong gerakan komunis di dalam hutan selepas kemerdekaan tanah melayu

    itu saya minta tolong jelas dan jangan keliru..

    bagi saya selepas sahaja tanggal 31 ogos 1957,perjuangan komunis tidak lagi relevan dalam tanah air kita...

    mereka dianggap berjuang menentang penjajah hanya pada zaman sebelum merdeka sahaja...

    harap rakan-rakan sekalian dapat memahami isu sebenar...

    sekian..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive