Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

RUSUHAN UK : TIMBALAN IGP MEMANG JAHIL DALAM MENILAI


Aku dah agak dah... tu pasal dalam post aku yang lepas tentang rusuhan UK ni,aku ingatkan jangan samakan dengan Bersih 2.0.... sebab aku dah agak akan ada tenuk yang cuba samakan antara dua nya...

 

Nurul Izzah: Timbalan IGP jahil samakan UK dan Malaysia


PETALING JAYA, 11 Ogos - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyelar tindakan Datuk Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Timbalan Ketua Polis Negara itu "jahil." 

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.

"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.

"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Malah menurut Nurul Izzah (gambar), kenyataan yang dikeluarkan Khalid adalah sangat tidak bertanggungjawab.
"Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya, ia bukan rusuhan dan apa yang dikatakan Timbalan Ketua Polis itu sangat tidak bertanggungjawab.

"Beliau tidak boleh bandingkan rusuhan dengan demonstrasi, saya terkejut apabila beliau berkata demikian... inilah masalah kalau ikut telunjuk politik," katanya.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan Khalid berkata rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.

Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.

"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan. Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya menerusi laman Facebook... (kenyataan yang bangang)

Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.

Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun...

Aku pun setuju dengan Nurul Izzah..
orang yang cuba menyamakan Bersih 2.0 dengan rusuhan yang berlaku di UK adalah orang yang bengap secara total..

kita pun boleh tengok sendiri perbezaan yang sangat ketara antara keduanya...
Bersih menuntut 8 perkara untuk memulihkan sistem pilihanraya...

dan jikalah malaysia ni nak jadi huru hara...
ianya mungkin akan terjadi pada tahun 1998.. waktu tu kemarahan rakyat paling memuncak semenjak tahun 1511...
tetapi apa yang berlaku..?

walaupun tahap kemarahan rakyat pada tahun 1998 sangat tinggi,tapi tetap jugak tidak berlaku huru hara kan..?
rakyat hanya buat demo pada hari sabtu saje,... 

hari ahad,bawak anak bini,awek dan pakwe ke tasik titiwangsa,gi ke zoo,gi tengok wayang dan shopping... hari isnin kerja macam biasa... tak ada huru hara pun..

ini adalah kerana rakyat malaysia ni tahu sempadan demokrasi... kita tak akan menjadi seperti UK dalam menuntut 8 perkara tu...

perhimpunan tu berlangsung dengan aman bukan sebab polis...

tetapi perhimpunan itu memang dirancangkan untuk berjalan dengan aman dan santai...
polis tolong yer... jangan nak perasan ok...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive