Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 August 2011

ROYALTI : RAYUAN KELANTAN DITOLAK


Kalau namanyer melawan kerajaan...
tak payah ler harap nak menang apa-apa pun...

tapi tak salah mencuba....
itulah sebabnya kita kena ubah kerajaan pada PRU13 ni...



 Kerajaan pusat kekal sebagai pencelah dalam saman yang difailkan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas kerana melanggar kontrak berhubung royalti minyak.

Saman itu juga dikekalkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahamah Komersial Baru (NCC) di mana saman itu difailkan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin hari ini menolak permohonan kerajaan Kelantan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Mei tahun ini yang menolak dua daripada rayuan-rayuannya, lapor Bernama Online.

Dua rayuan itu adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dalam saman itu dan perintah Mahkamah Tinggi bahawa saman itu dibicarakan di Mahkamah Sivil daripada Mahkamah Komersial, yang mana saman itu pada asalnya difailkan.

Dalam menolak rayuan terakhir oleh kerajaan negeri, Hakim Zulkefli yang bersidang berhubung rayuan itu bersama dengan Hakim Tan Sri Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Suriyadi Halim Omar juga memerintahkan kerajaan negeri Kelantan membayar RM20,000 sebagai kos kepada kerajaan Persekutuan.

Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut supaya Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum dikeluarkan di pesisir Kelantan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Petroleum.

Peguam Tommy Thomas yang mewakili kerajaan negeri Kelantan berhujah bahawa kerajaan persekutuan tidak boleh dijadikan sebagai satu pihak kepada saman itu kerana kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Katanya, selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan persekutuan untuk menjadi pencelah, kerajaan telah memfailkan pernyataan pembelaan yang menyatakan bahawa tiada tuntutan terhadap mereka dan bahawa kerajaan telah tersalah diletakkan sebagai defendan kedua dalam saman itu.

Peguam kanan Persekutuan Amarjeet Singh yang mewakili kerajaan persekutuan mempertikai bahawa kerajaan persekutuan perlu dijadikan sebagai satu pihak kepada saman itu kerana petroleum dalam pentas benua itu adalah milik kerajaan Persekutuan.

(tak silap aku semua tu milik Allah untuk penduduk di bumi dimana hasil minyak tu ditemui...)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive