Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 August 2011

PRU13 : ADUN KATAK PERAK HANYA JADI PENONTON?


Sememangnya adun-adun katak di Perak berhasrat untuk terus memegang jawatan sebagai YB lagi selepas PRU13 ini...

namun itu semua bergantung apakah BN mahu menggunakan khidmat katak-katak ini dan mengenepikan calon-calon dari BN sendiri...?

jika BN lebih mementingkan calon dari "anak mereka" sendiri,maka alamatnyer Adun katak ini hanya mampu jadi penonton saja lah...

walaupun BN tu kita telah kenal pasti sebagai "apa pun tak boleh".. tetapi dalam merebut kuasa dan menghabiskan duit rakyat ni, mereka memang dikenali sebagai "semua boleh" dan juga "semua mahu"

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak,menerusi Setiausahanya, Salman Saleh berkata,

“Adakah Adun Kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang keluar DAP dan kini telah menyertai PPP terselamat untuk kembali bertanding pada PRU 13 nanti kerana sudah menyertai Komponen BN?

“Apakah kedudukan tiga orang lagi ADUN yang masih berstatus Bebas?

“Adakah mereka akan bertanding dalam PRU 13 nanti?

“Adakah BN akan menawarkan mereka bertanding atas tiket BN?” soalnya dalam satu kenyataan.

ini kerana jika kita lihat beberapa kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung calon-calon Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti...
Zambry ketika melakukankerja-kerja  khurafat tidak lama dahulu.

Zambry mahu menjanjikan yang terbaik dengan menggunakan istilah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yakni winnable dan likeable candidate sebagai asas memilih calon BN.

Katanya, jika semua kenyataan Zambry tersebut diambil kira, keempat-empat Adun Bebas tersebut telah berjaya menang pada PRU 12 tahun 2008,walaupun waktu itu atas tiket Pakatan Rakyat.

bolehkah adu-adun katak  dikategorikan sebagai winnable dan likeable candidate ?

Baginya, banyak persoalan yang sedang bermain di fikiran Zambry di dalam menentukan calon BN kali ini.

Ketika ini, ujarnya MCA sudah mengarahkan semua MCA bahagian menyerahkan senarai calon-calon yang mewakili mereka.

MIC pula, tambahnya telah memberikan kata dua untuk mengekalkan kerusi yang ditandingi  mereka  pada PRU 12 yang lalu walaupun kesemua calonnya kalah.

Katanya lagi, PPP juga sedang memastikan agar Keshvinder akan kekal menjadi calon bagi mewakili BN di Dun Malim Nawar sekali lagi.

sama-sama kita nantikan percaturan Zambry...
Perak adalah negeri yang 50-50 boleh menang bagi BN dan juga Pakatan Rakyat...

namun jika ikut survey pilihan raya olok-olok,Perak besar kemungkinan akan dapat semula ke tangan Pakatan Rakyat..

Pada pandangan aku YB-YB katak ni kalau tak dapat jadi calon pun (walau itu hajat mereka),mereka semua dah bergelar JUTAWAN SEGERA....

7 KETURUNAN PUN TAK HABIS WEEIII...  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive