Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 15 August 2011

PR JADI WARGA : NGO DESAK KERAJAAN UMNO SUPAYA KAJI SEMULA


Apa yang berlaku kini (beri taraf warganegara kepada warga asing yang memiliki IC merah) adalah membimbangkan kita semua sebagai rakyat malaysia..

ini turut disuarakan oleh NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)  yang mahukan supaya Putrajaya meneliti semula prosedur mengeluarkan taraf kerakyatan kepada warga asing supaya ia benar-benar memberi manfaat kepada negara kerana sudah wujud kesangsian ia dilakukan bagi mengukuhkan kuasa politik...

“Sementara bagi mereka yang telah didapati layak untuk mendapat kad warga negara di Malaysia, kami berpendapat sangat perlu proses melulus permohonan diteliti agar ia memberi manfaat kepada negara dari segi sosioekonomi dan pembangunan dalam jangka pendek mahupun jangka panjang,” kata Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini.

Pendirian tegas ini dikeluarkan di sebalik kritikan bahawa ada pemastatutin tetap diberikan taraf kewarganegaraan dalam waktu singkat dan membolehkan mereka menjadi pengundi.

Isu itu menjadi perhatian ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
sambil berkata warga asing yang berada di Malaysia sudah mencecah jutaan orang, maklumat bahawa lebih 29,000 orang rakyat asing telah diluluskan kerakyatan dalam tempoh tiga tahun lalu amat mengejutkan.

Justeru kata Azmi, dikhuatiri jika sijil kerakyatan dikeluarkan dengan cara terlalu mudah, Malaysia mungkin bakal menjadi syurga pelbagai kelompok yang mungkin tidak memberi keuntungan kepada negara dan akhirnya membeban dan merugikan negara.

Kata beliau lagi, Teras memberi perhatian kepada sungutan wujudnya penganugerahan kerakyatan dikaitkan dengan politik.

“Kelulusan kerakyatan akan pincang jika berlaku pertimbangan politik menjadi kriteria untuk pihak tertentu mahu memastikan pengundi memihak kepada mereka,” kata beliau lagi.

“Tindakan ini sama dengan kegiatan menjual kerakyatan hanya untuk mengekalkan kuasa,” katanya.

Azmi menambah, Teras percaya bahawa wujudnya kesangsian ramai pihak mengenai isu ini adalah berasas kerana ada yang berpendapat bahawa suatu kecenderungan pihak tertentu pada masa ini mengeluarkan kad pengenalan adalah disyaki berkait dengan pilihan raya umum ke-13.

“Kesangsian ini akan bertambah meluas bila mana terdapat mereka yang memperoleh kad pengenalan dalam masa yang sangat sengkat membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi.

“Pihak Jabatan Pendaftaran Negara perlu menjelaskan apakah proses pengeluaran sijil kerakyatan dan pemberian kad pengenalan untuk warga asing benar-benar ditapis berdasarkan kelayakan dan syarat-syarat yang ketat,” katanya.

Selain itu tegas beliau, Teras turut mempersoalkan kualiti warga asing yang diambil sebagai warga negara Malaysia selain kerana faktor perkahwinan dan kelahiran.

“Kami berpendirian pihak kerajaan hendaklah meneliti dengan rapi proses pemberian kad pengenalan dan sijil kerakyatan kerana dalam jangka panjang Malaysia akan dibanjiri pelbagai warga asing yang tidak menentu akan membebankan negara,” katanya.

Sumber : TMI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive