Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 29 August 2011

POPULARITI NAJIB TERUS MERUDUM - MERDEKA CENTER.


Populariti Najib kita ni semakin merudum...
mungkin kerana momentum Bersih yang masih belum berkesudahan..
pada perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu,Polis telah bertindak secara tidak sepatutnya dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0 tersebut..

Penguatkuasaan Polis secara keras dan membuta tuli seolah-olah mereka sedang berhadapan dengan satu "rusuhan ganas" sehingga membawa kepada tindakan polis menutup lebih 32 jalan masuk ke KL selama 24 jam...sedangkan perhimpunan itu hanya berlangsung selama 2 jam sahaja..

sehingga menimbulkan kemarahan orang awam yang mahu membawa anak-anak berjalan dan membeli belah di pusat bandaraya KL.. 
juga terdapat kekerasan dan keganasan polis terhadap peserta perhimpunan yang rata-ratanya datang secara aman dan juga membawa keluarga masing-masing..


dengan populariti yang terus merudum ini,apakah najib berani mengadakan Pilihanraya pada November tahun ini..?

ada juga kemungkinan populariti yang merosot ini disokong juga oleh  faktor ketidaktelusan dalam sistem SPR yang baru-baru ini menggemparkan seluruh negara dengan pendaftaran "IC Merah"sebagai pengundi berdaftar sama seperti warga negara..

rata-rata rakyat jelata teramai,tidak mahu warga asing yang ber "IC" merah menentukan masa depan negara malaysia kita ini..

termasuklah aku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive