Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 1 August 2011

PILIHANRAYA OLOK-OLOK,APA JADI..??? BN BOLEH HILANG PERAK DAN N.9


Pilihanraya olok-olok BN meresahkan BN lagi... bukan melegakan najib,tetapi semakin membotakkan lagi kepala Najib tu... kepala Najib pun pening sehingga terpaksa melakukan pembedahan kepala lutut...

Mengikut laporan keputusan pilihanraya olok-olok,Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13,




Difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).


Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.. 
semuanya mungkin akan berlaku memandangkan beberapa tindakan BN yang gagal dalam menangani isu Pilihanraya yang bersih... penolakan tuntutan BERSIH 2.0 menunjukkan BN tidak mahu satu sistem pilihanraya yang adil.

Daripada enam kerusi di Johor itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh..

ini bagi aku memang perlu,muka lama umno dah terlalu busuk dan dah sebati dengan rasuah!

“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.

ini juga ada kemungkinan parti seperti MCA dan MIC semakin sedar bahawa umno bukanlah satu parti yang relevan dalam negara ini lagi.. parti yang mengkayakan kroni sahaja bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh rakyat..
Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Berbeza pada pandangan MB perak (MB secara rampasan) Zambry Pada Jun lalu, beliau yakin Umno negeri itu boleh menang 33 kerusi.. sembang je boleh ler Zambry oiii..

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.

penyakit ni dah lama ada dalam umno.. semua mereka hanya mementingkan  diri sendiri dan juga kroni-kroni mereka sahaja,mereka bukanlah berniat mahu perjuangkan nasib rakyat.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

“Keadaan masih tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.
Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Pakatan Rakyat menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini.. sekali gus menyasarkan untuk menawan Putrajaya dalam PRU 13 kali ini..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini,
selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno..

apa yang aku bimbangkan adalah,apabila keputusan Pilihanraya olok-olok ni tidaj berpihak kepada BN,maka BN akan menggiatkan lagi usaha mereka untuk menipu semasa pilihanraya umum nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive