Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 August 2011

PERTEMUAN DENGAN 100 WAKIL RAKYAT BN : MUHYIDDIN ATUR STRATEGI ?




http://3.bp.blogspot.com/_QZ6z7NdGoVo/TFTdUc9L91I/AAAAAAAACIs/8vucKSHHwhA/s1600/Firdaus_Jaafar_Jerai.jpgMenurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, (gambar)

Najib sudah mulai rimas dan bimbang dengan kedudukannya selaku orang nombor satu.




Bercakap mengenai adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 100 ahli Parlimen BN... 

Firdaus berkata, ia mungkin boleh menjadi strategi kepada TPM untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan pertengahan di dalam BN. 
Lebih dari itu, Najib kini memiliki rekod buruk dalam pentadbirannya antaranya dalam isu Kapal Selam Scorpene membabitkan penahanan seorang peguam daripada Perancis, kata Firdaus.

“Walaupun Muhyiddin juga ada masalah semasa mentadbir Johor dahulu.. 

namun ianya kini lebih terfokus kepada Najib yang banyak menghadapi masalah, termasuk membabitkan orang di sekelilingnya,” katanya. 
Beliau yakin, jika terdesak Najib akan melakukan rombakan kabinet bagi mememastikan kedudukannya selamat.

Dalam perkembangan berkaitan...
kerajaan dikatakan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang. 

Langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Muhyiddin dikatakan telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara baru-baru ini. 

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain....

bahawa kerajaan seharusnya mempastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13. 

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu TMI bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

dalam BN kalau takde duit semua tak mau buat kerja...
MP dari Pakatan
Rakyat dapat tak dana tambahan tu...?


korang tahu kan bahawa MP dari Pakatan Rakyat dinafikan peruntukan Kerajaan selama ni..?
kalau tahu.... baguuusss....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive