Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 4 August 2011

PERLETAKAN NAIB CANSELOR : RUPANYA EKORAN SIASATAN DALAMAN.


Lain media yang laporkan.. maka lainlah pula  ceritanya...
kita pun dah faham sangat dah hal-hal macam ni kat malaysia ni...

Kalau namanya dah orang umno..
maka sememangnya suka mempertahankan isu-isu yang salah dan pegawai-pegawai yang salah dan yang tidak benar yang berlawanan dengan HAQ....

Kita ingat isu Unisel ni adalah salah kerajaan negeri nak buang pegawai yang tidak bersalah sehinga menyebabkan Perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel)...

rupa-rupanya isu yang sebenarnya adalah berpunca dari Siasatan Dalaman (Internal Inquery) yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor ekoran laporan ketidakcekapan dan tidak profesional sesetengah pegawainya.

Namun begitu, Naib Canselor Unisel itu 'tidak mampu bekerjasama'  dengan semua timbalan Presiden Unisel bagi melaksanakan segala resolusi yang dicapai dari siasatan dalaman itu.

Ekoran itu, Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku pengerusi Unisel telah memberikan tempoh dua minggu untuk naib canselor untuk bekerjasama bagi kebaikan Unisel.

"Kesemua Timbalan Presiden bersetuju dengan cadangan MB. Akhirnya naib canselor tidak sanggup," kata Dr Halimah (Gambar).

aku rasa aku boleh agak dari parti apakah Naib canselor tu...
Datuk Dr Rosti Saruwono (Gambar) mengumumkan perletakan jawatannya dari Unisel semalam...

MB Selangor pula telah menerima perletakan jawatan itu dan telah melantik satu pasukan khas.

(yer lah,dah orang tak mahu beri kerjasama,biar lantak ler dia letak jawatan...)

Pasukan Khas itu  ditubuhkan bagi meneliti permasalahan dalam pengurusan Unisel berhubung perletakan jawatan secara mengejut oleh Rosti.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pasukan khas itu akan dikemudi oleh tiga individu yang berkelayakan bagi memastikan Unisel terus berkembang maju.

“Bagi memastikan peletakan jawatan ini tidak menggangu pembangunan Unisel dan usaha menjadikan universiti tersebut sebagai salah satu universiti terbaik Malaysia, Kerajaan Negeri telah memberi tugasan kepada sebuah jawatankuasa.

Jawatankuasa ini terdiri daripada:-
  1. Datuk Muhamad Zohadie Bardaie. 
  2. Datuk dnan Alias.
  3. Datuk Mohamed Ariffin Aton.

“Semua mereka ini ahli lembaga pengarah Unisel,” katanya dalam satu kenyatan akhbar.

Sementara itu, media melaporkan, ada tiga individu yang dikatakan mempunyai masalah dengan Unisel.

Mereka adalah:-  
  1. Pendaftar, Rokmaa Mat.  
  2. Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman.  
  3. Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Rokmaa Mat adalah ibu saudara kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau dikira antara individu terpenting yang menjaga pentadbiran Unisel...

kah kah kah... patut ler, ada syarikat cleaning kat Unisel tu di zaman Khir Toyo  yang dapat tender berterusan selama 7 tahun berturut-turut.... baru aku tahu apa sebabnyer...

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor.

Dikatakan laporan dari jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes ketidahcekapan dan tidak profesional dalam tindakan.

Syabas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor....
dalam mencari kebenaran dan keadilan... pedulikan kata-kata orang yang tidak sukakan yang Haq!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive