Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 6 August 2011

PERBICARAAN KONSPIRASI FITNAH LIWAT II : KARPAL SINGH SOUND "GAPS"


Aku tak faham apa fungsi GAPS ni sebenarnya...
patutnya GAPS ni berfungsi masa Khir Toyo jadi MB dulu...
masa Khir Toyo beli rumah RM6 juta tu mana dorang ni semua...? 

duduk bawah ketiak KhirToyo ker...?

hari ni duk memekak terpekik terlolong suruh kes anwar dipercepatkan... 
bangang betul ler...

Peguam terkenal dan Ahli Parlimen Karpal Singh hari ini telah memberi amaran keras kepada
GAPS bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk mendesak mahkamah mempercepatkan perbicaraan fitnah liwat II yang sedang berjalan kini..

Karpal berkata, "Ia boleh dianggap menghina mahkamah."  

"Ia adalah satu campur tangan secara langsung dalam perjalanan proses keadilan,"  


Beliau berkata, adalah salah untuk mengatakan bahawa perbicaraan Anwar adalah kepentingan nasional hanya kerana dia adalah Ketua Pembangkang Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
 

Beliau berkata bahawa semua perbicaraan yang mempunyai kepentingan yang sama dan hendaklah diberi layanan yang sama  mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.
 

Peruntukan Perlembagaan menyatakan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.
 

Walaupun Karpal mengakui  bahawa "keadilan tertangguh adalah keadilan yang dinafikan", namun beliau berkata itu tidak bermakna perbicaraan perlu dilakukan secara tergesa-gesa yang akan menyebabkan tekanan kepada hakim. 

Pengerusi DAP kebangsaan berkata demikian bagi menjawab kenyataan Pengerusi GAPS hari ini.

Hamidzun Khairuddin yang menggesa hakim perbicaraan untuk mempercepatkan perbicaraan Anwar...
 
Beliau berkata kes Anwar adalah kepentingan nasional memandangkan kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang

Beliau juga berkata bahawa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) adalah platform terbaik untuk menasihati badan kehakiman agar kes itu dipercepatkan perbicaraannya..

(apa ke bangang ler pengerusi GAPS ni...,yang dia ni sibuk-sibuk sangat tu buat apa..? 
baik dia desak agar kes Khir Toyo tu dipercepatkan jatuh hukumannya.. 
sebab Khir Toyo tu ada kaitan masalah duit rakyat..)
 

Karpal Singh sound lagi..  
Karpal berkata tiada sesiapa pun yang layak membuat kenyataan berkaitan perjalanan kes tersebut,baik SUHAKAM mahupun GAPS sendiri..

Rabu lalu,Bapa Saiful  telah meminta bantuan Suhakam dalam mengenal pasti perkara-perkara yang menyebabkan kes ini tertangguh lagi...

Menurut Karpal Singh, hakim yang mengendalikan perbicaraan ini harus dibiarkan tanpa sebarang gangguan untuk membuat keputusan.

 
Oleh itu, katanya, perbicaraan kes ini seharusnya berjalan dengan tiada campurtangan pihak ketiga
 
"Ia adalah sesuatu yang salah untuk mengatakan perbicaraan Anwar telah ditangguhkan dengan sengaja.
 

"Anwar mempunyai setiap hak dalam undang-undang  untuk membuktikan dia tidak bersalah," kata ahli parlimen Bukit Gelugor itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive