Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 22 August 2011

PERBEZAAN ISTERI KHALID IBRAHIM DAN ISTERI NAJIB


Aku bukanlah sengaja nak memberi publisiti kepada isteri MB Selangor kita ni..

Puan Sri Datin Seri Salbiah Binti Tunut
dan aku bukanlah sengaja nak mendedahkan kehidupan beliau ke alam cyber ni...

tapi aku merasa terpanggil untuk mengatakan sesuatu mengenai beliau kerana aku tertarik dengan cara dan sikap beliau secara peribadi...

sebenarnya pada hari sabtu baru-baru ni,aku telah kerumah MB Selangor untuk satu majlis berbuka puasa bersama warga emas,OKU dan juga ibu tunggal...

disamping penyampaian bantuan hari raya kepada golongan tersebut oleh YB Khalid Samad (Parlimen Shah Alam) 
YB Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) dan juga 
Dr. Daroyah bt. Alwi (Ketua Wanita Shah Alam).. 

aku belum buat post lagi pasal majlis ni disebabkan masalah teknikal yang aku alami untuk mendownload gambar dari kamera.. mungkin hari ni atau esok aku buat..

Jadi dari situ bila aku lihat Puan Sri Datin Seri Salbiah binti Tunut ni (isteri kepada MB).. 

aku lihat beliau sangat baik dan lemah lembut kepada para tetamu..satu keadaan yang aku boleh lihat keikhlasan nya, bukan dibuat-buat macam sesetengah orang....

semasa Puan Sri menyampaikan duit raya kepada warga emas,ada warga emas yang begitu terharu menerima sumbangan sehinggakan ada yang ingin mencium tangan beliau  
(perempuan sama perempuan ler) ,
namun aku tengok beliau cepat-cepat merendahkan tangan beliau memberi isyarat supaya tidak perlu cium tangan...
berbeza dengan kak mah yang bangga tangan dia dicium

beberapa kali berlaku sedemikian.. ramai yang mahu cium tangan,tetapi beliau berjaya mengelak setiap kalinya.. menandakan beliau tidak mahu disanjung sedemikian rupa..

pakaian beliau pula sangat ringkas.. dan tiada barang kemas yang dipakai kecuali sebentuk cincin biasa yang tiada berbatu.. 
(khalid Ibrahim ni semua orang tahu,dia adalah jutawan sebelum jadi MB lagi.. jadi kalaulah mereka nak bermewah-mewah memang boleh sangat)

jadi aku terbayangkan si kak mah ni... dan aku bayangkan betapa jauh berbeza cara mereka berdua ni...


aku merasa terharu sikap yang ditunjukkan oleh Puan Sri Salbiah ini...



1 comment:

  1. Zaman ini zaman edan...pemimpin yang bobbrok di sanjung tinggi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive