Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 4 August 2011

PENGANALISIS POLITIK ; ROSMAH LEBIH MENONJOL?


 Kah..kah..kah...
nak tergelak aku bila baca kenyataan seorang penganalisis politik tempatan yang berpendapat bahawa Najib kini berdepan  dengan masalah yang ditimbulkan oleh ketua rumahtangga beliau iaitu Datin Seri Rosmah Mansor..

disamping timbunan masalah lain seperti hutang negara yang semakin bertimbun dan juga masalah Timbalan beliau yang merancang untuk "mengplengkid" beliau dari dalam...
Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. 

Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.


Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia..

walaupun kini Penawar dah mula ada samar-samar menafikannya... 
biasalah... semua kaki kecut telor...


Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum... 

semakin meruncing nampaknye krisis dalaman UMNO ni..


Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka. bagi aku,UMNO cuma membela Kroni-kroni mereka sahaja.


“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.


Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka ‘raja’ dan tidak mahu turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.


Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. 

Bagi aku sendiri.. apa pun yang Najib lakukan.. 
semuanya sudah terlambat.. 
ini kerana,usaha selama hanya beberapa 
tahun kebelakangan ini tidak mungkin dapat menyembuhkan penyakit rakyat yang dah berlarutan selama 54 tahun...


apa pun tak boleh....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive