Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 29 August 2011

PENDEDAHAN WIKILEAKS - MCA HANYA HARAPKAN SISA-SISA PROJEK UMNO



Wikileaks pada bulan ini mendedahkan isi kandungan  mesyuarat pejabat politik kedutaan Amerika dengan Naib Presiden MCA, ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.. 

Mesyuarat itu diadakan ada 2006 yang mana Naib Presiden MCA mengadu kepada para diplomat Amerika bahawa Masyarakat Cina dipinggirkan..

"Sudah tentu kami dipinggirkan, dari perniagaan yang besar kepada pemilik gerai kecil, semuanya tahu - tetapi MCA tidak boleh mengakuinya," beliau memberitahu diplomat Amerika.



Menurut kandungan pendedahan wikileaks itu, Ong juga mengakui rasa tidak puas hati yang sebegitu menebal di kalangan masyarakat Cina terhadap status quo dan bahawa MCA akan menghadapi cabaran paling getir pada pilihan raya umum akan datang.

Macam-macam rupanya ada dalam BN ni..
baik pemimpin UMNO mahupun MCA ataupun MIC...
semua pemimpin mereka mengabaikan kebajikan rakyat..
mengabaikan tuntutan para pengundi 
hanya kerana mereka semua ni tidak boleh menyuarakan pandangan antara satu sama lain...

apa yang jelas...
rakyat tetap juga akan terus menjadi mangsa kepada keadaan ini...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive