Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 12 August 2011

PEMASTAUTIN TETAP JADI PENGUNDI - KESILAPAN TEKNIKAL KATA SPR



Pemastautin tetap jadi pengundi seperti yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ni mengejutkan semua pihak...

dalam penjelasan oleh bos SPR,menunjukkan bahawa perkara itu memang ada berlaku....

tak sengaja atau tersilap bukan isunya...
yang penting,perkara itu memang wujud...
yang mana bermakna Pakatan Rakyat tidak menipu bila mengeluarkan kenyataan...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.

Sebaliknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata... 

"ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya difahamkan Pakatan Rakyat telah menyemak semakan daftar pemilih melalui laman web JPN dan bukan Sistem Pengkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis) yang datanya lebih lengkap dan tepat.

Justeru jelas, Abdul Aziz, pihaknya telah melakukan semakan dengan Alis dan mendapati pemastautin tetap yang didakwa Pakatan Rakyat adalah warganegara yang sah serta layak untuk mengundi.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... 
tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna...

memanglah.. tapi adakah SPR ingin berubah...

“SPR bersihkan daftar pemilih hari-hari, ada yang meninggal dunia, ada yang lucut warganegara, ada yang nama bertindan dan sebagainya ... kita lakukan semakan hari-hari dan kalau ada keraguan kita akan semak dengan JPN,” katanya pada sidang media di sini.

Tambah Abdul Aziz, pihak tidak sama sekali membenarkan pemastautin tetap didaftarkan sebagai pengundi.

“Dakwaan mengatakan kita daftarkan pemastautin tetap sebagai pengundi adalah tidak benar sama sekali, SPR tidak akan benarkan pemastautin tetap sebagai pengundi jika mereka bukan warganegara.

“Kalau pemastautin tetap kita akan tolak tapi kadang-kadang berlaku kesilapan ... ada yang terlepas satu dua nama,” katanya.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.


Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.



Tambah beliau, pihaknya juga memutuskan untuk memotong senarai nama pengundi yang berumur 90 tahun ke atas sekiranya mereka “tidak aktif” — yang dianggarkan seramai 12,000 orang.

“Kita putuskan hari ini pengundi yang berumur 90 tahun ke atas kita akan potong, JPN akan beritahu sama ada pengundi itu aktif atau tidak.

“Tapi kalau masa mengundi mereka ada datang kita akan betulkan semula, tidak aktif ini boleh berlaku macam-macam cara ... kita akan berhubung dengan JPN,” katanya

Aku tak nak percaya.... 
kerana aku tahu ada perancangan jahat atas semua pengundi hantu ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive