Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 23 August 2011

PATI DISURUH SUMPAH SOKONG BN,ZURAIDA KATA TIDAK BOLEH SAMAN.




Selepas pendedahan Ketua Wanita PKR,Zuraida Kamaruddin mengenai terdapatnya skrip sumpah taat setia menyokong BN yang diberikan kepada PATI semasa pendaftaran PATI secara besar-besaran oleh kerajaan....
maka melompatlah BN marahkan Zuraida ni..

mungkin sebab perkara itu benar kot.. itu yang dorang marah sangat..

Maka keluarlah kenyataan dari Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam,yang mengatakan kemungkinan menimbang akan menyaman Zuraida berikutan pendedahan tersebut..

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah :
  1. membuat laporan polis terhadap Zuraida, 
  2. melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau 
  3. mengemukakan saman terhadap beliau.
perrghh... 3 pilihan tindakan tu... hebat tindakan dorang ni kalau nak mengenakan pemimpin-pemimpin PR..tapi bila kita suruh tubuhkan Suruhanraya Di Raja supaya menyiasat pemberian hak mengundi kepada pemegang PR,tak mau pulak buat..?

Adakah Zuraida takut..?

Dalam kenyataan Zuraida pada tengah hari tadi,..
Ketua Wanita PKR berkata kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik.. 

khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Bagaimanapun, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang.

"Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan.

"Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Cayalah.... orang ada bukti
apa nak takut...
yang takut ni adalah kerajaan,tu yang ugut beriya-iya tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive