Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 August 2011

PAK SAMAD SAID MINTA KITA UBAH REJIM 54 TAHUN NI...


Pesanan Pak Samad Said...

yang sebelum ini tidak pernah dibuat oleh beliau... sebelum ini beliau mengabdikan diri dalam bidang kesusateraan sahaja...

namun perkembangan mutakhir ini menyebabkan beliau terpaksa turun bersama anak-anak muda dalam menyampaikan mesej kepada rakyat lain yang masih lagi tidur dan mata masih lagi diselaputi taik mata....

ceh.. macam pak Samad Said lak aku....


Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan...
sudah tiba masa golongan muda melakukan
 “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.


Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, 

perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda (kita semua ler tu...) pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu." betul tu pak Samad... aku sokong tu...

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ...

ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang....
dan tidak lagi memilih “golongan bangsawan” 
(UMNO le tu) untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, 
  1. Tun Abdul Rahman (Al-Haj), 
  2. Tun Hussein (Onn) dan 
  3. Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... 
  4. Tun Dr Mahathir Mohamad
  5. Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) 
  6. dan sekarang juga sama (Datuk Seri Najib Razak)
semuanya bangsawan.... 
bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ? 

“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regime change’ ini,” katanya.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat “membangkang” daripada “sokongan.”

“Saya gemar mendengar daripada mereka yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong.

“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,” katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi 
“golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13.(Insyaallah..)

Pada Himpunan Bersih 2.0...
9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya.


SMM terdiri daripada :-
  1. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), 
  2. Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 
  3. Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), 
  4. Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), 
  5. Kumpulan Anak Muda Independen (Kami)
  6. Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).
 Yeeaahhh...!!!
Pak Samad Said pun nak berubah...
abis korang tak nak ker...?
nak undi BN lagi ker...?

kali ni kita ramai-ramai satu malaysia undi Pakatan Rakyat pulak.... 
dah 54 tahun bawah BN tak kemananye kita..
Singapore pun dah jauh tinggalkan kita ke belakang...
jom berubah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive