Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 3 August 2011

NIK AZIZ SIFATKAN KENYATAAN ZAHRAIN KATAK SEBAGAI "SAMPAH"



Hahahaha....
hambik ko....

zahrain ni memang suka buat kenyataan palsu dan kosong...
orang nak berpolitik dia pun nak berpolitik...
orang nak jadi katak,dia pun nak jadi katak...
apa pun tak boleh le ko ni zahrain...

Apa pun yang keluar dari mulut ko boleh dianggap sebagai sampah yang keluar dari mulut longkang...

ko gi ler bersihkan hati ko tu...
jangan ler simpan dendam kesumat sangat pada DSAI..

DSAI kalau nak jatuh pun bukan kerana ko...
usah ler buat kerja gila lagi... nanti muka ko jugak yang akan hilang dari arena politik malaysia ni...

Anwar tetap jugak utuh macam biasa..
siapa ko nak berdendam dengan dia,..?

sekarang ni TGNA pun dah menyampah dah dengan ko... hehehe...

dalam kenyataan terbaru TGNA hari ini..
TGNA telah menyifatkan cabaran yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim terhadapnya sebagai “sampah”.

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

kah kah kah....kena sebijik...

TGNA berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain, yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang. 

Bagi bekas Adun Wakaf Bharu , Ramli Abu Bakar pula berkata... 
"kelompok tiga pemimpin terbabit (Trio Bebas) itu tidak perlu dilayan kerana orang ramai sudah tahu keperibadian mereka."

”Bagi saya apa pun tomahan yang dilemparkan tidak perlu dijawab kerana keperibadian mereka sendiri dipertikaikan."

”Orang yang tidak ada prinsip perjuangan hanya menunggu masa sahaja untuk berakhir dari pentas politik,” katanya sebagai mengulas cabaran Zahrain terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Ramli berkata, kenyataan yang dikeluarkan seseorang pemimpin yang tiada prinsip perjuangan dianggap membazir masa kalau dilayan.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari pula berkata, Zahrain dianggap ahli politik yang tidak berkredibiliti.

”Rekod membuktikannya telah banyak kali membuat dakwaan kosong yang akhirnya tidak dapat dibuktikan."

”Semua orang tahu siapa Zahrain, esok akan datang pula dakwaan baru pula semata-mata bagi memanjangkan hayat politiknya,” ujarnya.

Beliau juga menasihatkan pemimpin terbabit menghormati Ramadan supaya tidak dicemari dengan pembohongan dan dikhuatiri puasa hanya letih dan dahaga tanpa pahala...

hehehe.... Zahrain... ko apa pun tak boleh... 
lompat boleh ler ko... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive