Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 9 August 2011

NGO ISLAM GESA MCCBCHST SUPAYA TUTUP MULUT!


bila masing-masing nak tunjuk kewibawaan dorang dalam isu gereja ni.. inilah jadinya...

bagi aku dorang semua kena dengar nasihat MB Selangor supaya diam dan jangan keluarkan apa-apa kenyataan..

tapi bila MB Selangor nasihatkan Hassan Ali supaya berdiam diri dan jangan keluarkan apa-apa kenyataan berhubung insiden tersebut...

maka melalaklah orang UMNO menuduh bahawa Hassan Ali kena "ikat"  dan menuduh MB Selangor sebagai terlalu penakut...

weeii... disini bukan isu takut atau pun apa-apa..
ini adalah isu yang kena disiasat terlebih dahulu sebelum memberikan penjelasan dengan seadil-adilnya...
kerana ini melibatkan maruah dua Agama di negara kita ni...

kalau isu ini menjadi semakin parah siapa yang rugi..?

yang jelasnya tak ada sesiapa pun yang akan untung,kecuali UMNO yang sememangnya mencanangkan isu ini supaya menjadi lebih panas atas maksud politik... 

supaya isu Bersih tenggelam dan juga supaya Kerajaan Selangor dipersalahkan...
 
Sebanyak 17 gabungan NGO Islam hari ini menggesa Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) 'tutup mulut' daripada mengeluarkan kenyataan berhubung urusan antara agama.

Menurut Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin)... 
sejak penubuhan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) bawah Kabinet, Accin dan anggotanya sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu.

Pengerusinya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, tindakan itu sebagai menghormati konsensus jawatankuasa tersebut.


"Accin ingin mengingatkan Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia kembali menghormati jawatankuasa tersebut pada masa akan datang," katanya.

Merujuk kepada kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya, Accin dalam kenyataannya berkata, isu itu sepatutnya dibincangkan di JKMPKAPA, yang dipertanggungjawabkan kepada dua menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Justeru, ACCIN turut meminta pihak kerajaan segera mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Hasil siasatan juga perlu dikemukakan segera agar tidak berlaku salah faham dalam masyarakat," katanya.

Sambil memperakui pendirian Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia - bahawa ketengangan agama hanya boleh datang daripada agama - Sheikh Abdul Halim meminta semua pihak, khususnya media bertanggungjawan melaporkan isu antara agama.

Beliau juga menolak penggunaan beberapa istilah seperti "storm", "raid" dan "barge" yang didakwa tidak wajar bagi menggambarkan pemeriksaan JAIS.

Sedangkan, menurutnya lagi, ia hanya dijalankan selepas hampir sejam berunding dengan penganjur atas aduan berlakunya usaha pemurtadan oleh pihak gereja.

"Accin meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat beragama. Rumah ibadah merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan.

"Agar ianya berjaya, ACCIN meminta usaha memurtadkan penganut Islam khasnya, di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh negara dihentikan segera," katanya.

Cadangan itu, menurut Sheikh Abdul Halim bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama persekutuan dan sensitiviti umatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive