Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 1 August 2011

NASIB BAIK SHAMALA TARIK BALIK RAYUAN BATAL TUKAR AGAMA DUA ANAKNYA


Kenapa aku gunakan perkataan NASIB BAIK..? 
 
Bagi aku memang kira bernasib baiklah bila Puan S. Shamala menarik balik tuntutan beliau untuk membatalkan agama anaknya yang sudah didaftarkan  sebagai beragama Islam oleh suami beliau..

Ini kerana,dalam mahkamah malaysia ini,semua boleh jadi..
apa yang paling ditakuti adalah apabila nanti kes ini menggunakan alasan "ARTIKEL 11"..

S Shamala, 39, yang merupakan bekas kerani bank telah memutuskan untuk menarik balik rayuan peringkat Mahkamah Rayuan.
beliau sebelum ini mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi satu deklarasi untuk membatalkan penukaran agama kedua-dua anak lelakinya kepada Islam oleh suaminya yang telah berpisah dengannya.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin bersama Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin membatalkan rayuan selepas Shamala menarik balik rayuan itu.

Menurut laporan Bernama Online, walaupun suami Shamala, Dr Muhammad Ridzwan, 43, memohon Shamala membayar RM15,000 bagi kos undang-undang..

Namun panel itu, selepas menimbangkan pandangan kedua-dua pihak dalam rayuan itu, memutuskan untuk tidak mengeluarkan perintah mengenai kos.

Shamala, yang dipercayai berada di luar negara, juga menarik balik rayuan balasnya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kepadanya dan Dr Muhammad Ridzwan yang dahulunya dikenali sebagai Dr Jeyaganesh C. Mogarajah, hak penjagaan bersama kedua-dua anak mereka, Saktiwaran dan Theiviswaran..

tetapi mengenakan kaveat ke atas Shamala, melarangnya mengajar anak-anaknya amalan agama Hindu dan memberi mereka makan babi... ye lah anak-anaknya yang dua orang tu dah dikira beragama Islam.

Peguam yang mewakili Shamala, Steven Thiru memaklumkan panel itu bahawa notis menarik balik rayuan dan rayuan balas itu telah difailkan pada 11 Julai lalu.

Sementara itu, panel berkenaan menangguhkan empat rayuan lain yang dikemukakan oleh Dr Muhammad Ridzwan, ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Mahkamah juga menangguhkan notis usul yang difailkan oleh barisan peguam yang mewakili Shamala untuk menarik diri daripada mewakilinya dalam rayuan itu, ke satu tarikh yang akan ditetapkan, selepas memerintahkan peguam berkenaan menyerahkan permohonan menarik diri itu kepada Shamala.

Steven Thiru memohon kepada mahkamah untuk dirinya dan dua lagi peguam iaitu Ravi Nekko dan David Matthews untuk menarik diri daripada mewakili Shamala atas alasan mereka gagal mendapatkan arahan daripada anak guam mereka berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Shamala perlu membersihkan penghinaan mahkamah yang dihadapinya sebelum beliau boleh didengar.

Katanya sejak 2004, beliau menerima arahan daripada keluarga Shamala.

Terdahulu, semasa mengemukakan permohonan menarik balik rayuan itu, Thiru memberitahu mahkamah bahawa kes Shamala adalah satu kes yang sedih kerana ia melibatkan penukaran agama dua anaknya yang masih kecil yang ketika itu berumur empat dan dua tahun (ketika itu) tanpa kebenarannya yang mendorongnya memfailkan litigasi itu.

Thiru menggesa mahkamah untuk tidak mengarahkan Shamala menanggung kos undang-undang itu, menyatakan anak guamnya tidak patut dipersalahkan kerana beliau terpaksa memfailkan litigasi itu.

Pasangan itu berkahwin pada 1998 mengikut upacara agama Hindu dan perkahwinan mereka didaftarkan di bawah Akta Undang-undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Pada 2002, Dr Muhammad Ridzwan memeluk Islam dan kemudiannya turut menukar agama kedua-dua anak lelakinya itu kepada Islam tanpa pengetahuan dan kebenaran Shamala.

Pada 12 November lalu, Mahkamah Persekutuan menolak untuk menjawab persoalan utama membabitkan perlembagaan dalam pertikaian Shamala-Dr Muhammad Ridzwan kerana Shamala dan anak mereka tidak hadir di mahkamah..

Nasib baik....

sebab,agama kita tidak dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang negara kita ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive