Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 16 August 2011

NAJIB TAK MAHU PANGGIL SIDANG KHAS..



Seperti yang sudah kita jangka kan...
Najib sememangnya tidak mahu memanggil sidang khas parlimen bagi membincangkan isu pemastautin tetap diberi taraf kerakyatan dalam kadar segera..
 
kita memang dah agak,sebab jika sidang khas parlimen diadakan.. banyak persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan dan semestinya keadaan itu mahu dielakkan oleh BN...


Selepas seminggu tiada sebarang jawapan daripada pentadbiran Najib agar dipanggil sidang khas Parlimen, Pakatan Rakyat terus memberi tekanan dengan mendesak Putrajaya mengadakan inkuiri awam berhubung isu pilihan raya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa esok selepas Perdana Menteri gagal memanggil satu sidang tergempar Parlimen.

“Pada 8 Ogos lalu kita telah menghantar satu surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memanggil satu sidang tergempar Parlimen yang berkaitan isu pemastautin tetap menjadi warganegara dan pengundi dengan kadar segera dan kita telah serahkan surat itu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan tempoh tujuh hari itu telah tamat semalam yang mana Perdana Menteri mengumumkan untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen.

“Tapi beliau (Najib) hanya nyatakan ia (jawatankuasa khas Parlimen) itu hanya fokus kepada pembaharuan pilihan raya, 

jadi saya tegaskan Perdana Menteri jangan lari daripada tajuk asal, jangan lari dari perkara asas yang kita anggap satu pengkhianatan dan penyelewengan khususnya mendaftarkan pemastautin tetap jadi warganegara dalam tempoh beberapa jam,” katanya pada sidang media di sini.

Minggu lalu, Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi.


Semalam Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak-wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Najib berkata panel itu yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kepimpinan Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan mahu Putrajaya mengadakan inkuiri awam.

“Isu ini kita tidak boleh berkompromi dan kita berpandangan Perdana Menteri harus memanggil sidang tergempar Parlimen dan bukan mengambil tindakan menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen...

tetapi perkara yang besar, berlaku penyelewengan yang berlaku dalam urus tadbir yang mana pemastautin tetap bertukar status kewarganegaraan dalam tempoh beberapa jam.

“Kita, hari ini mendesak Perdana Menteri mengadakan inkuiri awam iaitu satu sesi bertemu rakyat di seluruh negara untuk rakyat tampil dan kemukakan bukti-bukti mengenai penipuan dan penyelewengan yang kita anggap mengancam keselamatan negara,” katanya.

Kata beliau, penubuhan jawatankuasa pemilih Parlimen tidak akan dapat menyelesaikan isu daftar pemilih yang jelas berlaku kepincangan dan penyelewengan yang gagal dijawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Adakah kita rela orang luar, orang asing yang tidak faham negara kita boleh menentukan masa depan negara yang kita anggap sangat memberi kesan, ini isu sebenar yang gagal di jawab Najib, sebaliknya beliau berdalih untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan Parlimen ini tidak memadai untuk selesaikan isu yang besar.

“Sebab itu, kita desak inkuiri awam diadakan untuk rakyat kemukakan bukti-bukti, kalau tidak dipenuhi kita tidak akan teragak-agak untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong dan kita akan minta suruhanjaya diraja ditubuhkan, ini yang kita mahu...Perdana Menteri jangan lari dari isu sebenar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive