Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 9 August 2011

NAJIB LIABILITI BESAR KEPADA BN DAN UMNO


Bagi aku Najib ni memang satu masalah yang paling besar kepada Bn dan Negara,...

selain pelbagai tuduhan yang buruk dan negatif yang terpalit kepada beliau..
 
beliau juga kelihatan hanya lebih pandai berkata-kata demi menunjukkan betapa bijaknyer beliau namun realitinya beliau menunjukkan bahawa beliau tidak mampu mentadbir dengan cekap dan baik... 
 
insiden yang memalukan negara antaranya,Najib bersekongkol dengan Amerika dan sekutunya Yahudi dalam menentang teknologi nuklear Iran...
 
pendedahan pembayaran yang dibuat kepada FBC Media oleh kerajaan Malaysia yang dalam hampir 3 tahun ini telah hampir RM100 juta demi memberikan imej beliau dan BN dimata dunia...
 
dan juga penipuan secara terbuka beliau semasa ditemuramah oleh CNN dengan mengatakan bahawa polis melayan dengan begitu baik para peserta Bersih 2.0,sedangkan video keganasan polis terhadap orang awam telah tersebar ke serata dunia...
 
 
perkara ini turut diakui oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.. 
 
Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sudah menjadi ‘liabiliti paling besar’ kepada Umno menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
 
Katanya, ini kerana kegagalan Najib dalam menangani beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 2.0 dan yang terbaru penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.


Justeru itu, Najib kini terpaksa mencari ‘talian hayat’ dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.
 
“Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? 
 
Sebabnya banyak, dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
 
“Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat....
 
bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa,” katanya.
 
Jelas Dr Dzulkefly, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara demi memperoleh semula kepercayaan rakyat, namun usaha itu ternyata sia-sia.
 
“Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan.”
 
Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.
 
“Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan manteranya ‘Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’, kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya,” katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
 
Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu merupakan seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.
 
“Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.
 
“Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti ‘you help me, I help you (anda tolong saya, saya tolong anda)’, beliau sinonim dengan tabiat flipflop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua,” katanya.
 
Menurut Dr Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.
 
Tambah beliau lagi, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi betapa buruknya kepimpinan Najib.
 
“Kini, rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
 
“Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya,” katanya.
 
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai...
  1. Selangor,
  2. Kelantan,
  3. Kedah,
  4. Pulau Pinang dan
  5. Perak, namun Perak kemudian jatuh ke tangan (dengan rampasan) Barisan Nasional (BN) awal 2009.
Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai KeADILan dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.
 
yang paling kelakar dalam sejarah adalah penipuan beliau semasa mengatakan Obama menghubungi beliau untuk mengucapkan tahniah...
 
sedangkan sebenarnya Obama menghubungi beliau untuk memberikan amaran tentang keganasan.
kat situ pun dah nampak betapa penipunyer Najib ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive