Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 3 August 2011

NAJIB DAN ROSMAH ENGGAN DITEMUBUAL OLEH PEGUAM ANWAR



Kita kalau menipu ni...
sekali cakap kita boleh lepas...
kita boleh ingat lagi apa yang kita tipukan...
tapi kalau banyak kali ulang dan ulang,kita mesti akan ada silap cakap punya... 
betul tak..?

Keengganan Najib dan Kak Mah,boleh juga kita anggapkan sebagai macam tu...

sebab jika ditemubual sebelum dipanggil memberi keterangan di mahkamah,mungkin mereka bimbang apa yang mereka jawab semasa ditemubual itu akan tak sama dengan keterangan mereka di mahkamah nanti.... 
mungkin..
sebab biasanye orang menipu ni selalu lupa apa yang dorang cakap kan..

Dalam perbicaraan "konspirasi dan tipu" liwat II,
Empat daripada 25 saksi utama kes fitnah liwat ke-II Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sepina dikeluarkan ke atas mereka.

Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar), isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.


“Mereka 4 orang ni enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sepina,” 
kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.

Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.

Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.

“Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sepina,” kata peguam Anwar Sankara Nair.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive