Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

NAJIB BAGI RM70 JUTA PADA SEKOLAH MUBALIGH


Dari jumlah RM70 juta tu sebanyak RM19.4 Juta adalah untuk sekolah mubaligh di Sabah

Sabah akan menerima RM19.4 juta daripada peruntukan khas RM70 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

(errr...sekolah agama Islam tak dapat peruntukan ker..?)

Wang itu adalah untuk 101 sekolah
mubaligh di seluruh Sabah, di mana peruntukan bagi setiap sekolah berbeza bergantung permohonan dan keperluan masing-masing, katanya selepas menyampaikan cek bantuan tersebut masing-masingnnya sebanyak RM50,000 kepada 12 buah sekolah mubaligh dalam daerah Kota Kinabalu di SM La Salle, sebuah daripada sekolah penerima itu, di sini hari ini.

Sekolah lain adalah 
  1. SK St Francis Convent, 
  2. SM St Francis Convent, 
  3. SK Stella Maris, 
  4. SM Stella Maris, 
  5. SK Sacred Heart, 
  6. SM All Saints, 
  7. SK St Catherine, 
  8. SK Saint Agnes, 
  9. SK Good Shepherd, 
  10. SK St Peter Telipok dan 
  11. SM St Peter Telipok.

Sekolah-sekolah ini adalah antara kumpulan pertama yang menerima peruntukan tersebut. Kini terdapat 441 sekolah mubaligh di seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Puad berkata kebiasaannya sekolah mubaligh yang tergolong dalam kategori sekolah bantuan kerajaan, diberi modal pembangunan dua tahun sekali berdasarkan permohonan yang dibuat,
namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepekaan beliau, telah memberi peruntukan khas RM70 juta untuk sekolah-sekolah mubaligh ini.

"Yang paling penting peruntukan ini mesti sampai secepat mungkin ke sekolah-sekolah tersebu
t untuk memastikan kecemerlangan pendidikan dapat ditingkatkan dari penambahbaikan kemudahan-kemudahan sekolah," katanya.

sekolah agama Islam tak dapat apa-apa ker..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive