Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 1 August 2011

NAJIB AKUI BN MEMANG MUDAH NAK MENIPU UNDI DALAM PRU


Memang betul ler apa yang kita percaya selama ini...
yang PR memang dah tahu lama dah..
yang orang UMNO tidak mahu percaya selama ni...


"BN SEMEMANGNYA BOLEH MENIPU DALAM PILIHANRAYA.."


Pengakuan Pengerusi BN,Najib Razak bahawa BN sememangnya boleh memanipulasi undi sekiranya ingin menang pada PRU 2004 di Kelantan menjelaskan pekung sebenar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri..
Wan Nik Wan Yusoff melahirkan rasa bimbang di atas kenyataan tesebut yang dibuat seorang pemimpin tertinggi negara.

Menurutnya pengakuan yang dibuat secara terbuka tersebut membayangkan BN terdedah kepada manipulasi pilihan raya memandangkan mereka mempunyai kuasa eksekutif.
 

Perdana Menteri dalam laporan sebuah akhbar hari ini mendakwa BN boleh menawan Kelantan pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.

“Mudah untuk BN memanipulasikan undi, namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil,” kata Najib.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan,  Ahmad Fadhli Shaari berkata, pengakuan itu sangat mengejutkan kerana dilafazkan Datuk Seri Najib Razak.

“Ia merupakan satu kenyataan yang merbahaya dan membayangkan hakikat sebenar yang sedang berlaku dalam negara ini."

“Jika benar BN boleh memanipulasi undi, kami ingin bertanya setakat manakah mereka mampu melakukannya?  

Adakah siri kemenangan pemerintah dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil turut berpunca daripada manipulasi,” katanya di sini.

Fadhli berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut membayangkan beliau mengakui BN mampu memanipulasi undi sekali pun tidak mengaku mereka telah melakukannya.


Adakah benar BN tidak melakukan pembohongan undi semasa PRU..?
sedangkan Najib kata begitu mudah untuk melakukannya..?

“Adakah kemenangan Najib di kerusi Parlimen Pekan dengan majoriti 22,922 undi pada pilihanraya umum 2004 berlaku manipulasi kerana beliau hanya menang kelebihan 241 undi pada 1999.

“Ini secara tidak langsung mengesahkan dakwaan Bersih 2.0 sistem pilihanraya di negara ini telah dicemari pelbagai isu,” ujarnya.


“Dengan ini kami mendesak kerajaan dan SPR lebih serius berusaha memastikan pilihanraya lebih bersih dan adil dapat terlaksana termasuk menggunakan dakwat kekal,” katanya..

Jika dah sampai ke tahap "terlalu mudah" untuk manipulasi pilihanraya,maka SPR WAJIBlah melaksanakan 8 tuntutan BERSIH 2.0....

jika SPR dan BN tak setuju,maka fahamlah kita bahawa manipulasi undi pada PRU akan dilakukan...

tuntutan BERSIH 2.0 akan MEMUSTAHILKAN BN daripada memanipulasi undi kerana dalam salah satu tuntutan BERSIH 2.0 adalah malaksanakan penggunaan dakwat kekal... 

memang amat mustahil untuk BN melakukan penipuan jika 8 tuntutan BERSIH 2.0 itu dilaksanakan.. 

SOALNYA KENAPA TAK MAHU..????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive