Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Saturday, 6 August 2011

MCA TIDAK YAKIN BN AKAN RAMPAS SELANGOR


UMNO kata boleh rampas...
MCA kata tak boleh rampas....
MIC senyap langsung,Presidennyer tengah siap-siap berlatih berjalan sebagai seorang menteri.... 

(mungkin tengah prektis macam aziz satar kot)

Mendakwa kepimpinan Ketua MCA Selangor Datuk Donald Lim yang tidak serius.. 

seorang pemimpin parti itu menjangkakan sebilangan besar barisan hadapan MCA akan keluar dengan mengatakan parti tidak akan dapat mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi.

“Kita sepatutnya belajar tetapi ia tidak berlaku. Malah MCA pun belum pun ada satu pusat operasi pilihan raya."

“Pemimpin kita tidak turun padang, berjumpa rakyat. Pengundi tidak tahu rupa mereka dan calon-calon kita belum tentu lagi boleh menang,” kata seoran pemimpin negeri MCA yang tidak didedahkan namanya kepada TMI.




“bagi MCA, kita mungkin berjuang untuk memenangi kembali dua kerusi — Kuala Kubu baru dan Sungai Pelek,” katanya.

Bagaimanapun pemimpin veteran ini berkata satu anjakan mungkin boleh berlaku dan menyenaraikan empat kerusi yang boleh dimenangi MCA — Balakong, Sekinchan, Teluk Datuk dan Kajang — kesemua kerusi parti itu tewas dengan majoriti yang kecil pada pilihan raya umum 2008.

“Tapi kita perlu mengharapkan kualiti setiap calon. Kita tidak boleh tewas dalam kerusi yang kita tanding sebelum ini. Dan kita mesti meletakkan calon tempatan,” katanya.

Seorang lagi pemimpin MCA juga berkata, kecewa dengan ahli parti dan jurang antara calon dan pengundi, langkah itu akan memberi kesan kepada parti itu.

Sementara itu, seorang pemimpin MCA memberitahu TMI, bahawa calon-calon MCA yang tewas pada pilihan raya umum 2008 telah menutup pusat perkhidmatan mereka dan tidak berusaha untuk mendapatkan semula sokongan.

TMI difahamkan ahli strategi Umno menjangkakan akan berlaku meningkatan terhadap sokongan orang Melayu dari 50 peratus pada 2008 kepada hampir 65 peratus, parti itu akan menang sekurang-kurangnya 25 daripada 35 kerusi negeri.

Tetapi ia tidak cukup untuk Barisan Nasional (BN) bertukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat dengan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Menurut seorang pemimpin BN, ahli strategi Umno telah berkata MCA boleh mendapat sekurang-kurangnya tiga daripada 14 kerusi sementara MIC boleh menyumbangkan satu daripada tiga kerusi yang membolehkan BN hanya memperoleh 29 kerusi.

“Tapi ia boleh mengurangkan majoriti dalam kerajaan. Sasaran kita untuk menang sekurang-kurangnya melebihi 40 kerusi,” kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus kepada TMI.

Beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan BN dan berkata, “kami harap MCA boleh lakukan keajaiban.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang ini berkata BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi Cina untuk membantu gabungan itu memperoleh kemenangan dengan majoriti selamat di Selangor.

“Pada pilihan raya lalu, ia tidak mencecah 20 peratus. Jika kita boleh dapat 30 peratus dan ke atas, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, kita boleh menang. Tapi kerusi di bandar kita memerlukan sekurang-kurangnya 50 peratus... itu sukar,” katanya.

Menurut Ketua Penerangan MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon pula, BN memerlukan 35 peratus undi Cina jika mahu mendapatkan kemenangan selesa walaupun di kerusi yang majoriti orang Melayu.

“Ini sebab Selangor unik... dalam banyak kerusi, walaupun majoriti orang Melayu tapi pengundi Cina besar. Jadi Umno memerlukan pengundi Cina untuk menyokong mereka,” katanya.

Berdasarkan perangkaan dari pilihan raya umum 2008, seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Selangor...
dengan pecahan :-
  • Melayu sebanyak 50.7 %
  • Cina 34.7 %
  • India 13.9 %
  • lain-lain 0.6 %
Pada pilihan raya umum 2008... 
  1. MCA tewas terus dengan hanya memenangi 2 kerusi daripada 14 kerusi yang ditandingi.
  2.  Umno mendapat 18 kerusi daripada 35 kerusi yang ditandingi.
  3. Gerakan dan MIC bertanding empat dan tiga kerusi namun gagal memenagi sebarang kerusi. 
sebenarnya,kalau ikut maklumat risikan,BN sangat sukar untuk menawan Selangor... 
 
yer,Pemimpin BN boleh keluar sebanyak mana pun kenyataan,tetapi mereka sendiri pun sebenarnyer faham apa dia keadaan yang sebenarnya di selangor ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive