Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 August 2011

MALAYSIA BAYAR HAMPIR RM100 JUTA KEPADA FBC UNTUK IMEJ NAJIB DAN BN DIMATA DUNIA?


Syarikat Penyiaran utama Britain BBC, telah menggantung sementara  program-program dengan FBC Media, yang berpangkalan di UK , sehingga siasatan keatas syarikat itu selesai..

FBC Media didakwa telah dibayar oleh kerajaan malaysia pada tahun 2008 dan 2009 sebanyak RM57.7 juta supaya dapat membantu menaikkan imej BN dan imej Najib di mata dunia..

BBC berkata,mereka memandang serius perkara itu yang disifatkan sebagai melampau dan akan menjalankan siasatan penuh berkenaan kes tersebut.

FBC Media juga menyenaraikan antara pelanggan utama mereka adalah :-
  1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
  2. Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi,
  3. Pengerusi Sime Darby Musa Hitam 
  4. Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud

BBC berkata, "Sebagai langkah berjaga-jaga, kita tidak akan menyiarkan program-program yang dibuat oleh FBC sementara kita melihat kepada dakwaan-dakwaan tersebut.

Pada tahun 2010 kerajaan BN dikatakan sekali lagi telah membayar Media FBC RM42 juta untuk satu kempen yang dinamakan sebagai "global strategic media campaign”.

FBC Media mempunyai rangkaian yang luas dan dikatakan ada kaitan dengan Apco yang terkenal

FBC dikatakan telah  memperdayakan berjuta-juta penonton dengan membeli masa berbual di BBC, CNBC dan CNN, dengan bertujuan menyiarkan slot-slot cerita mengenai Najib dan pemimpin-pemimpin BN yang lain dalam menaikkan imej mereka.
Undang-undang penyiaran di UK, Amerika Syarikat dan Eropah adalah sangat ketat dan modus operandi FBC dikatakan melanggar peraturan-peraturan pelesenan dalam industri penyiaran.


"Semua syarikat TV bebas yang menghasilkan program untuk BBC World News telah menandatangani perjanjian yang ketat untuk memastikan program-program memenuhi garis panduan editorial BBC, termasuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan peribadi ," kata BBC dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive