Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 24 August 2011

MAJLIS SYURA DITUKAR NAMA KEPADA JAWATANKUASA PENDENGARAN



SHAH ALAM 24 OGOS - Kerajaan Negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama ‘Majlis Syura’ bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

“Justeru  kerajaan negeri  membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui MAIS,” kata kenyataan media daripada Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Menurut kenyataan itu ,Walaubagaimanapun  matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Dato’ Menteri Besar dan DYMM Sultan Selangor.

“Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor  serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini,” katanya. 

bukan masalah besar pun nak tukar nama ni... 
yang pentingnya adalah matlamat untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan segera.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive