Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 14 August 2011

LARANGAN PEMBESAR SUARA : NIK AZIZ SOKONG


Seperti yang aku jangkakan...  
TGNA menyokong arahan Pulau Pinang yang melarang pembesar suara diwaktu subuh bagi memperdengarkan bacaan Al Quran di masjid-masjid dan surau...

Aku dah jangka kerana seseorang Ulama' pasti tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh mengikut hukum Islam...

Hanya yang tak tahu saja yang akan memekik telolong seolah-olah agama Islam diancam masalah yang sangat besar..

TGNA tidak bersetuju jika pembesar suara digunakan dimasjid pada waktu subuh untuk memperdengarkan bacaan Al Quran sehingga boleh mengganggu orang lain yang...


pada waktu subuh, mungkin ada orang yang ingin mengaji sendirian dan juga melakukan solat-solat sunat yang lain... jika pembesar suara digunakan , ini sudah tentu akan mengganggu mereka..

Mursyidul Am PAS (gambar) itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, dipetik Bernama Online, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat.

“Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanyaselepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

semoga kita semua menjadi bijak dalam menjalani hidup beragama.. bukan sekadar ikut-ikutan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive