Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Wednesday, 17 August 2011

LAGI PENDEDAHAN BEKAS TENTERA




Memang le kerajaan kita ni jenis kuat menipu..
memang undi pos ni tak betul dan banyak penipuan yang berlaku...
 
orang UMNO yang setakat jadi pak turut dan takde pegang jawatan apa pun dalam parti memang takkan percaya semua ni...
 
yang kena tipu hidup-hidup adalah yang atas pagar ler.. 
sebab mereka tengok UMNO tu melalui RTM dan juga TV3...
dalam TV UMNO mana nak keluar semua ni...

Kepincangan sistem pilihan raya terus dibangkitkan dengan pendedahan terbaru dibawa empat bekas anggota tentera hari ini...
membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan. 

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.
Bekas anggota tentera membuat pendedahan  hari ini.

Salah seorang anggota terbabit, Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah.

“Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.

“Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun.

Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.

 seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49,berkata..

“Apa yang saya nak cerita ini adalah perkara yang benar-benar berlaku pada pilihan raya umum 1999 di Butterworth yang mana saya diarahkan untuk mengambil karung undi pos di kem TUDM di Butterworth.

“Apabila saya balik ke kem saya lihat ramai anggota lain sedang memangkah undi pos, saya juga diberikan sekotak dengan habuan tapi saya tolak.

“Saya tidak mahu bersubahat, ini adalah satu pengkhianatan kepada negara,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja.

Sampai bila kita nak mepertahankan kerajaan yang kuat menipu ni...? 

kita kenalah berpijak dibumi yang nyata...
kalau majoriti rakyat dah menolak kerajaan yang ada.. tapi dalam pilihanraya kerajaan masih menang jugak.. 
tak ke pelik tu...? 

ada yang tanya,jika BN menipu kenapa pula  PR dapat menawan 5 negeri pada 2008?

aku nak jawab macam ni..
gelombang kebangkitan rakyat pada waktu itu adalah besar dan ia telah dapat mengimbangi jumlah penipuan yang dilakukan oleh BN... itu sebab di sesetengah tempat BN kalah jugak...

contohnya,jika undi tipu sebanyak 1200 undi.. 
tetapi undi kebangkitan rakyat dan kemarahan rakyat pula bertambah sebanyak 2000 undi.. memang akan tenggelam lah undi tipu tu..

jadi pada PRU13 ni... 
sudah tentulah BN akan meningkatkan lagi kadar penipuan mereka supaya mereka dapat menawan kembali negeri-negeri tersebut...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive