Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 August 2011

KONSPIRASI LIWAT II : KAK MAH TAK DATANG JIKA SEPINA TIDAK DIKELUARKAN



Dalam keadaan satu malaysia mengaitkan kak mah dalam konspirasi fitnah 2...

Kak mah dan Najib macam tak kisah jer kalau dorang dikaitkan dengan konspirasi tersebut...

patutnye kita ni jika orang kata kita buat sesuatu yang jahat,kita (manusia normal) akan cepat mencari jalan dan gunakan peluang yang ada dalam membersihkan nama kita..

tetapi Kak Mah ni tak macam tu pulak..

Kak mah tak mahu datang ke mahkamah untuk memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes konspirasi fitnah 2...

kecuali mahkamah mengeluarkan sepina terhadapnya dan juga isteri beliau,Najib Razak..

di sini aku tertanya-tanya,apakah nanti mahkamah akan mengeluarkan sepina..?

yer.. sebagai pemerintah kerajaan rosmah,apakah nanti mahkamah akan mengeluarkan sepina terhadap beliau...?

aku tak tahu... kita sama-sama tengok nanti...

Bagi Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar,
beliau berpendapatbahawa Najib Razak dan Rosmah Mansor perlu hadir ke mahkamah dalam kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Izzah berkata,  Najib dan Rosmah perlu berbuat demikian supaya dapat membersihkan nama yang terpalit sebagai dalang dan konspirator dalam kes berkenaan.

“Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. 

Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) ...?

lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Ditanya sekiranya Najib dan Rosmah berdolak dalik untuk tidak hadir ke mahkamah, beliau menyifatkan tindakan itu sememangnya sinonim dengan karektor pemimpin BN.

“Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan  respon positif daripada Perdana Menteri,” 

katanya ketika ditemui selepas  sidang media dengan Persatuan Komuniti Peniaga Brickfields (BBCS) .

Najib sebelum ini bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, dua hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa  diliwat.

Beliau turut bertemu pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar seperti mana yang didedahkan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira ketika perbicaraan Mac lalu.

Baru-baru ini Najib dan Rosmah menyatakan keengganan hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan itu, kecuali dengan sepina mahkamah.

Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Ogos untuk membuat keputusan berhubung permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Anwar juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum memberikan keterangan pada Isnin... 

Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos...

kak mah kata,nak datang ke mahkamah kalau ada sepina yang dikeluarkan... 

Jadi kalau lah sepina tidak dikeluarkan nanti...
Kak Mah tak dapat datang le ye tak kak mah...?

tak gitu..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive