Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Monday, 8 August 2011

KHIR TOYO : MAHKAMAH ARAH BELA DIRI.


Bila aku baca tajuk ni...
teringat aku pada satu ceramah Saifuddin Nasution tak lama dulu..
 
Saifuddin berkata dalam ceramah beliau...
Taktik yang mungkin akan dimainkan bagi tujuan meraih imej baik bagi BN adalah kemungkinan besar Khir Toyo akan didapati sebagai bersalah sebelum Pilihan raya umum....
 
namun selepas pilihanraya umum kata Saifuddin,jika BN menang dalam pilihanraya,maka rayuan akan dibuat... 
 
selepas rayuan dibuat,mahkamah akan memutuskan pula Khir Toyo sebagai tidak bersalah...
perkara macam ni dah banyak kali berlaku....
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini,
memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo agar membela diri atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat empat tahun lalu. 
 
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian pagi ini selepas mendapati pendakwa telah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.

Oleh itu, Dr Khir (gambar) akan membela diri pada 26 September ini.
Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Mengikut pertuduhan, Dr Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

tak ker pelik beli RM6.5 juta...
tapi jual kat orang balik dengan harga RM3.5 juta...

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

aku cuma berharap ini bukanlah permainan politik demi nak menunjukkan BN serius memerangi menterinya yang rasuah...

untuk rekod,Khir Toyo hanya didakwa selepas dia tak lagi menjadi Menteri Besar Selangor...


semasa pegang jawatan kenapa tak siasat dan hadapkan ke mahkamah..? dia beli hartanah ni masa dia MB lagi...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive