Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 23 August 2011

KHIR TOYO KATA TAK APA JIKA KHAIRY TIDAK JADI CALON



Khir Toyo ni,sejak jadi putih ni pandai lak dia buat lawak..
Khir Toyo kata  kalau KJ tak jadi calon pun tidak akan menjejaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang dipegang oleh Khairy Jamaluddin..

eh..eh.. pandai-pandai lak dia buat telahan ek...

KJ mesti bengang dengan kenyataan Khir Toyo tu..

al maklum ler,Khir Toyo dulu kan ke saingan KJ merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO
pada pemilihan 2009..

jadi kalau KJ tidak jadi calon,siapa yang untung..?
dah tentulah orang yang mahu merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO tu pada masa akan datang..

KJ ni sekarang adalah MP Rembau.. 
walaupun jadi MP dan 
walaupun jadi Ketua Pemuda UMNO..
KJ tidak dapat perhatian Najib untuk dilantik sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri..
ada cakap-cakap bahawa najib dapat arahan Tun M..

Tun M memang tak suka KJ dengan pak mertuanya sekali si pak Lah tu..

Khir Toyo kata kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno tidak akan tercabar sekiranya Khairy tidak dicalonkan.

Khir Toyo kata lagi, “Soal calon pilihan raya adalah bidang kuasa Perdana Menteri (Datuk Sri Najib Tun Razak).

“Jawatan di dalam parti pula ditentukan ahli,” kata Khir lagi.

sedap je Khir Toyo bercakap.. 
pasal dia memang dah terjelepuk ke tanah dah.. 
jadi dia nak KJ jadi macam dia jugak ler..

umum mengetahui.. jika tiada apa-apa jawatan yang besar dan tinggi mana mungkin orang nak hormat dalam parti.. 

macam mana Exco Pemuda UMNO ada jawatan dalam kerajaan sedangkan Ketuanya tiada apa-apa jawatan...?


semua orang boleh nampak Khir Toyo cuba melakukan sesuatu dengan kenyataan dia tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive