Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 August 2011

KESETIAAN AZMIN ALI DAN SUMBANGAN BELIAU TERHADAP PARTI TIDAK PERLU DIRAGUI ~ KAK WAN


Daam satu wawancara,Datin Seri Wan Azizah mengakui satu ciri paling utama pada diri Azmin Ali (gambar) ialah kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada parti..

Walaupun demikian beliau juga tak terlepas dari kritikan dari pelbagai pihak dan juga telah dituduh sebagai
memendam cita-cita tinggi dalam parti.

Azmin  kini mewakili kawasan parlimen Gombak dan juga kawasan DUN Bukit Antarabangsa selain menjawat kedudukan sebagai ketua PKR Selangor.

Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihak yang menyuarakan kritikan itu perlu melihat keremajaan Azmin dalam politik dia masih muda...

jika anda bandingkan dia dengan (bekas timbalan presiden) Senator Syed Husin Ali, sudah tentulah ada perbezaan umur dan juga pengalaman.
Tapi berilah masa, dia akan matang..

Kak Wan berkata lagi sumbangan yang besar kepada parti dan kesetiannya 
juga tidak perlu diragui, kata Wan Azizah lagi.
"Azmin pun sememangnya seorang pemimpin kanan dan dia telah mencapai kedudukan kedua tertinggi, jadi saya rasa berilah masa supaya lebih berpengalaman," 

katanya lagi yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Azmin setakat ini.


Azmin juga merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan raya pusat dan bertanggungjawab ke atas rancangan PKR dalam menentukan agihan kerusi dengan anggota Pakatan Rakyat.


"Beliau melakukan semua itu dan memberikan kepada kami analisis mengenai rundingan kerusi dan memberi panduan kepada negeri-negeri lain," jelasnya.


Ada juga pihak yang cuba mengaitkan Azmin Ali dengan beberapa tindakan wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini...

Kak Wan mengulas perkara tersebut dengan mengatakan:
wakil rakyat berkenaan bertindak demikian 
antara lainnya kerana sifat tamak mereka.


"Apabila Anwar keluar daripada penjara, ramai orang datang
(ke dalam PKR). 

Mungkin mereka melihat bahawa kita akan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya 2008 – itu yang menarik mereka."

"Apabila ia tidak berlaku dan ia tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka beredar.
"Jika anda lihat kembali sejarah mereka dengan dengan lebih mendalam, mereka (yang keluar parti) daripada sebelah sana (Umno)

Jadi saya agak selepas beberapa ketika, mereka tergoda dan membuat pilihan mereka," katanya.
Wan Azizah juga yakin bahawa anggota parti sedia ada akan kekal setia dengan perjuangan parti.
Bagi tujuan itu, barisan calon yang akan dipertaruhkan dalam pilihan raya umum ke-13 juga akan disaring dengan teliti, katanya lagi.
"Setakat ini, (calon) yang bersama kami adalah setia dan telah menunjukkan komitmen secukupnya. 
Kita ada kriteria, kita ada jawatankuasa untuk menanganinya," kata Wan Azizah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive