Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 5 August 2011

KESATUAN DAKWA DAWAMA BERBOHONG,MINTA KERAJAAN TAMATKAN KONSESI


Kesatuan pekerja syarikat percetakan Dawama SDN BHD mahu Putrajaya membatalkan konsesi mencetak dan memasarkan buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selama 12 tahun yang dianugerahkan kepada syarikat itu pada 2002.

konsesi itu akan berakhir 2014..
tetapi DBP dan Dawama kini diselubungi ‘masalah’ dan pertikaian, apabila Dawama  mendakwa DBP telah memungkiri perjanjian sehingga menyebabkan Dawama mengalami  kerugian teruk.

Presiden kesatuan, Zainal Awit berkata berdasarkan maklumat yang pihaknya telah peroleh ketika pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkash dan Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz kelmarin, Dawama didapati berbohong bila mengatakan ia mengalami kerugian.

“Kami mendapati Dawama berbohong bahawa ia sudah rugi teruk sedangkan Timbalan Menteri Pelajaran mendakwa kerajaan sudah menjelaskan kesemua bayaran, tiada bayaran tertunggak... "

"bermakna ia berbohong, Dawama juga mendakwa DBP telah memungkiri perjanjian mereka."

“Jadi kami mahu kerajaan menarik balik konsesi kepada Dawama, kami berhadapan dengan masalah disebabkan tindakan syarikat (Dawama),” 

kata Zainal ketika dihubungi untuk mendapatkan perkembangan terbaru mengenai nasib mereka.

“Berdasarkan apa yang diberitahu oleh DBP dan Kementerian Pelajaran, Dawama sudah menerima kira-kira RM650 juta setakat ini, sebagai bayaran mencetak buku. "

dah dapat RM650 juta,macam mana boleh rugi pulak... ni takde lain ler ni,kalau tak pasang bini dua tiga... 
main golf banyak sangat... 
joli sana sini... 
beli keta mewah 3,4 bijik...
heeeng sana.. heeeng sini (kata P.Ramlee)
last-last takde duit.... baghal punya kaki...

"Jadi, kami tidak melihat mereka boleh rugi, sampai tak dapat beroperasi, tidak mampu bayar gaji kami,” kata Zainal lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkas berkata, kerajaan kini telah menyerahkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) untuk menentukan status konsesi mencetak dan memasarkan buku dan majalah DBP.

Ukas, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, merupakan badan persekutuan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek penswastaan.

“DBP tidak boleh memutuskan sama ada untuk menamatkan (konsesi dengan Dawama) ataupun sebaliknya,” kata beliau.

DBP, agensi badan berkanun, terletak di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran.
Puad bekata, DBP tidak melakukan sebarang kemungkiran terhadap Dawama seperti yang didakwa dalam surat arahan cuti tanpa gaji berkuat kuasa Isnin lalu.

Mohd Puad ketika menjelaskan perkara itu berkata, syarikat konsesi percetakan dan pemasaran DBP itu memang berdepan masalah kewangan dan bertindak menjadikan DBP sebagai kambing hitam untuk menyelamatkan diri mereka.

Beliau berkata, Dawama dalam surat itu antara lain mendakwa DBP tidak memberikan kerja mencetak buku Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris sebelum ini kepada pihaknya, menyebabkan ia kerugian hampir RM100 juta.

“Dawama berbohong. DBP tidak dapat kerja itu. 
Kalau DBP tidak dapat, bagaimana ia nak beri kepada Dawama...?
Jadi kenapa Dawama bangkitkan cerita itu sedangkan orang lain yang mendapat kerja itu. 
Kenapa itu dijadikan alasan DBP melakukan kemungkiran,” katanya.

Dalam notis kepada pekerja-pekerjanya, Dawama menggariskan pertikaian berkaitan kemungkiran konsesi dengan DBP sebagai punca.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak selama 12 tahun yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu didakwa berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Gerakan Darurat Bahasa (GDB) juga mahu kerajaan membatalkan penswastaan kerja-kerja mencetak dan memasarkan bahan terbitan DBP.

Setiausaha Penyelaras GDB Hasni Abas berkata langkah kerajaan menswastakan urusan mencetak, mengedar dan memasarkan terbukti gagal, dan sudah tiba masanya aktiviti itu terletak di bawah DBP sendiri selaku sebuah badan berkanun kerajaan.

Mengenai pengumuman Kementerian Sumber Manusia itu, Zainal berkata, pihaknya terpaksa menerima keputusan itu kerana mereka tiada apa-apa pilihan.

“Kami terima buat sementara waktu, sebab kami tiada pilihan... apa pilihan yang ada buat kami, tetapi kami merasakan ia tidak mencukupi,” katanya.

“Apa yang kami boleh lakukan dengan gaji kerja selama 12 hari... katakan seseorang itu dapat RM1,000, kalau gaji 12 hari bekerja, apa yang kami boleh dapat selepas ditolak potongan?” kata beliau... betul jugak tu bro...

Sementara itu, jurucakap Dawama ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akur dengan keputusan Kementerian Sumber Manusia berhubung perkara tersebut.

“Gaji 12 hari bekerja akan dibayar, tetapi pekerja tidak akan datang bekerja sebab tiada kerja untuk dilakukan... operasi tak ada, tiada bahan untuk dicetak.

“Sementara pertikaian kami dengan DBP selesai, kita akan bayar gaji 12 hari bekerja setiap bulan,” katanya lagi.

apa ke baghal nak bayar gaji 12 hari jer sebulan... 
mana le nak cukup... kalau masing-masing bergaji RM500 sehari takper le jugak...

inilah salah satu contoh penswastaan yang gagal yang dijalankan oleh kroni-kroni UMNO...

yang susah adalah pekerja...
macam mana nak sambut raya ni..?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive