Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Thursday, 11 August 2011

KERUGIAN 8 BILION : KENAPA PUTRAJAYA ARAH GUGURKAN SAMAN TERHADAP TAJUDIN ???


Pada 16 ogos tahun lalu...

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoal pihak yang melindungi bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli menyebabkannya bebas daripada pendakwaan yang mengakibatkan kerugian syarikat itu sebanyak RM8 bilion.


“Siapa sebenarnya yang melindungi penjenayah ini dan kes ini daripada disiasat dan siapakah yang melindungi kes ini untuk didakwa kerana ia merupakan kes yang cukup besar.

Laporan yang dibuat MAS kepada SPRM kenapa tindakan tidak diambil terhadap Tajuddin Ramli. 

Sepatutnya SPRM siasat perkara itu tetapi dia dedahkan aduan itu kepada JSJK PDRM,” katanya pada sidang media di tahun lalu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut mendedahkan sepucuk surat oleh ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff bertarikh 26 Mac 2007 yang menyarankan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai bentuk pendakwaan yang boleh dikenakan kepada Tajuddin.

“Datuk Ramli Yusuff mengadakan pertemuan khas dengan perdana menteri ketika itu yang mengatakan bahawa dalam surat ini membuktikan memang ada satu asas yang kukuh untuk mendakwa Tajuddin Ramli.

manakala pada 15 December 2010 pula,SPRM melaporkan bahawa telah menemui bukti baru dalam siasatan kes Tajuddin Ramli melibatkan kerugian Sistem Penerbangan Malaysia sebanyak RM8 bilion.

Namun kini Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan ‘orang kepercayaan’ Daim Zainuddin.

TMI difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin...

salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah,” kata surat itu.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Sekurang-kurangnya satu agensi kerajaan dijangka akan menarik balik tuntutan ke atas Tajudin hari ini.

Surat Nazri juga mengarahkan peguam-peguam yang bertindak bagi pihak GLC dan Danaharta agar menyerahkan kes mereka kepada firma Hasfarizam Wan dan Aisha Mubarak, peguam pihak Umno.

Bagaimanapun menteri itu tidak menyebut rujukan penyelesaian dengan Tajudin dalam surat itu.

Daim merupakan bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno ketika era kepimpinan Dr Mahathir.

Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.

Keupayaan mereka teruji ketika krisis kewangan 1997/98.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

Pertengahan Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dakwaan bahawa siasatan kes itu telah dihentikan adalah tidak benar dan hasil siasatan dibuat sejak 2002 itu...

berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami MAS ketika syarikat itu diterajui Tajuddin antara 1994 dan 2001, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Pada 1998, Danaharta menuntut NPL daripada pihak-pihak yang meminjam tetapi Tajuddin juga telah gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.

Sebahagian daripada urusan penyelesaian, Tajuddin telah bersetuju membayar RM942 juta dalam empat ansuran dalam tiga tahun.

Bagaimanapun Tajuddin gagal dan plaintif telah menuntut RM1.61 bilion daripada beliau.

Pada 29 April 2002, Danaharta bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd telah menjual sebahagian saham dipegangnya, keseluruhan saham dalam Technology Resources Industries (TRI) pada harga pasaran RM2.75 sesaham untuk memperoleh pulangan RM717.39 juta.

Setakat 31 Disember 2005 baki bayaran yang perlu dijelaskan ialah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan balik kesemua wang.

Orang UMNO kata takper... dia melayu... kita kena sokong melayu..

ooiiii.... dah menyebabkan kerugian pelaburan negara sebanyak RM8bilion nak kira melayu apanya lagi...?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive