Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Friday, 26 August 2011

KENAPA PPPMM TIDAK PERNAH BISING ISU ARTIKEL 11?



Aku sokong kenyataan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) ini..

kita kenalah menentang pemimpin-pemimpin yang tidak mahu mempertahankan akidah umat Islam negara ini..
kita juga wajib menolak pemimpin-pemimpin yang ambil Islam itu separuh-separuh..
jika hukum Islam itu tidak menguntungkan mereka,maka mereka meninggalkan ayat hukum tersebut..

pemimpin seperti ini kita harus tolak dari terus meminpin negara kita..

kenyataan PPPMM tu betul..
tetapi kenapa PPPMM ni hanya bising pada tuduhan yang rapuh dan tidak tepat terhadap pemimpin pakatan Rakyat,sedangkan UMNO yang jelas menolak Islam tidak pulak mereka ni bising..?


Artikel 11 perlembagaan persekutuan contohnya..
Kerajaan menggubal undang-undang supaya setiap rakyat negara ini yang beragama Islam boleh bebas sesuka hati mak bapak dia untuk tukar agama,dan selepas tukar agama,tak ada satu undang-undang pun yang akan mampu untuk menghalang lagi.

Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin @ Yeshua Jamaludin bin Othman contohnye, Mahkamah Agung (ketika itu) memutuskan bahawa ISA tidak boleh digunakan bagi membendung kegiatan penyebaran agama Kristian di kalangan orang Melayu. 

Menurut mahkamah, kebebasan seseorang individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya yang dilindungi oleh Perlembagaan.
Jamaludin yang keluar Islam dan berjaya pula mengkristiankan enam orang Melayu telah ditahan di bawah ISA dalam Operasi Lalang pada Oktober 1987. 

Mahkamah Tinggi kemudian membebaskan paderi Melayu itu atas alasan beliau mempunyai hak untuk menganut agamanya seperti yang dijamin melalui Artikel 11(1).
Jadi korang kena faham disebalik Artikel 11 ni..


kenyataan PPPMM ini sebenarnya mereka tuju kepada kerajaan negeri Selangor dalam isu gereja tu.. jadi aku nak balas balik, apa yang dorang katakan itu hanyalah politik dan berniat jahat menyerang kerajaan selangor.. sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak pernah perjuangkan akidah umat Islam dan tidak pernah mempertahankannya tidak pula mereka ni bising..

 Korang ingat dan tahu tak kisah Aisyah Bukhari yang murtad tu dulu..? Aisyah ni anak melayu Islam yang baik,dia diberi didikan agama Islam yang cukup sempurna oleh ayahnye Haji Bukhari yang juga Imam di kampung mereka.


Haji Bukhari telah memberikan didikan agama yang sempurna kepada Aisyah ini dengan harapan anaknya itu dapat diselamatkan dari api neraka..
tetapi disebabkan oleh Artikel 11,perlembagaan persekutuan telah menyebabkan diatidak berjaya menghalang anaknya dari melakukan dosa murtad..


Jadi kita nak salahkan siapa dalam soal ini..?
salah Haji Bukhari ni ker..? padahal dia telah memberikan didikan agama yang sempurna..
Nak salahkan peguam Aisyah yang berbangsa Cina ni ker..?
dia hanya mengikut undang-undang yang ada dalam perlembagaan kita..


ada orang cakap kat aku,"kita jangan hanya tahu salahkan kerajaan sahaja,kita kena didik anak bini kita dahulu"
HABIS,Haji Bukhari ni tidak memberikan didikan agama kepada anaknya ker..?

Aisyah ni kalau nak tahu,dia belajar di sekolah agama dan dia lebih banyak menghafal surah-surah dalam Al Quran berbanding ramai kita diluar ni...


dia juga layak masuk ke Al Azhar jika dia mahu,tetapi dia memilih untuk masuk ke ITM (UiTM).. dalam ITM dia terlibat pulak dalam gerakan Islam.. dia tahu kelemahan-kelemahan bible,tetapi disebabkan CINTA,dia telah rebah dan menganut agama teman lelakinye.. kristian.


Usaha ayahnya untuk menghalang dia dari murtad menjadi sia-sia apabila usaha ayahnyer itu dihalang oleh perlembagaan persekutuan Artikel 11 yang menegaskan hak setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing,dalam kes ini,Aisyah telah memilih agama kristian sebagai agamanya,dan Artikel 11 melindungi haknyer itu.

siapa yang buat dan menjunjung Artikel 11 ni...?
kalau bukan pemimpin UMNO sendiri..?
kenapa PPPMM tak nak bising isu ni pulak..?
kalau nak tolak,pemimpin UMNO ni ler yang patut  kita tolak..


buat PPPMM, jangan hanya pandai mencari salah Pakatan Rakyat,kes gereja ni tak ada satu pun pemimpin Islam Pakatan Rakyat termasuklah Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyokong isu murtad.. jangan terpengaruh dengan utusan yang banyak spin fakta...


nak perjuangkan Islam, perjuangkan seadil-adilnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive