Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 August 2011

KARPAL SINGH : MCA HANYA MAIN WAYANG


MCA nak jadi jaguh Cina selepas parti itu semakin tenggelam dan semakin ditolak oleh masyarakat Cina...

Karpal singh mengecam MCA yang dilihat mempermainkan isu perkauman dan agama di dalam agenda wayang politik mereka..
 
DAP hari ini mengecam MCA kerana cuba berlakon seolah-olah mereka  adalah 'Juara masyarakat Cina' , memandangkan PRU13 sudah tidak lama lagi
 
Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menjawab tuduhan  MCA bahawa DAP berdiam diri atas isu serbuan JAIS dan Polis ke atas majlis makan malam  di sebuah gereja minggu lepas.
 

Beliau berkata, DAP telah sentiasa mengambil langkah untuk tidak mengulas terlalu awal ke atas insiden itu sehingga siasatan penuh ke atas insiden tersebut selesai.
 

"Kami tidak akan mudah mengulas atau menyalahkan sesiapa jika tidak mempunyai bukti," Karpal menjelaskan.
 

Dia membalas pada MCA kerana mengatakan DAP hanya berdiam diri kerana takut kepada sekutu dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS.
 

Beliau menempelak MCA yang berminat hanya untuk mempermainkan isu tersebut demi menarik undi orang Cina... MCA hanya main wayang sahaja, kata beliau...
 

"MCA perlu berhenti  untuk cuba berpura-pura menjadi jaguh kaum Cina,MCA berbuat demikian hanya disebabkan Pilihanraya Umum sudah tidak lama lagi..," katanya kepada pemberita
 
Karpal merujuk kepada isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis makan malam Rabu lepas di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) di Petaling Jaya.
 

Exco Selangor, Dr Hasan Ali  baru-baru ini mempertahankan kewajaran serbuan tersebut kerana mendakwa terdapat bukti jelas usaha memurtadkan orang Islam pada waktu itu.
 

MCA adalah antara yang pertama "melatah" dengan membuat kritikan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan sekaligus mengambil peluang mengecam DAP kerana tidak lantang membidas Jais dan juga Hassan Ali.
 


MCA..MCA... apah pun tak boleh...
UMNO parti yang berkeras kononnyer..(kononnyer jer) memperjuangkan melayu...

MCA pulak,kononnyer parti yang perjuangkan CINA...
beberapa tindakan dan  kenyataan MCA kebelakangan ni nampak macam dorang selalu pertikaikan melayu dan Islam jer...

UMNO lak berdiam diri jer pulak tu...
alahai...

dorang nak letak mana slogan satu Malaysia tu yer....?
hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive