Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 9 August 2011

KAMPUNG PUN MENGUNDI : APA SPR NI..??


Macam mana ler orang tidak pertikaikan SPR ni...
banyak sangat kelemahan.. kesalahan dan juga penipuan...

  
Menjadikan rakyat semakin hilang keyakinan kepada SPR ni....

SPR mencipta satu lagi sejarah pelik yang julung-julung kalinya berlaku didalam sejarah dunia selepas kejadian tentera bergajah Abrahah...

Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat....

Kg Baru yang mempunyai 
no kad pengenalan  830527115422 
dan dilahirkan pada 27 Mei 1983...
Kg Baru layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata....

daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Maklumat pemilih yang mencipta sejarah ini adalah seperti di bawah:


Apabila semakan dibuat dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) mengikut nombor kad pengenalan pemilih....

maka nama Kg Baru sebenarnya adalah Noraini Binti Abdullah. 

Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? 

Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?  
 Apakah Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak di jawab oleh kerani SPR sahaja?

Maklumat Noraini Binti Abdullah adalah seperti berikut: 



Dalam perkembangan yang lain...

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah menjumpai pemilih dari kalangan pengundi hantu di mana nama pemilih ini tidak terdapat dalam rekod JPN. 

Pengundi hantu ini bernama Farhana Binti Abdul Rashid...
no kad pengenalan 840505715012,
dan mengundi di Dun Wakaf Mempelam, 
Parlimen Kuala Terengganu.

Maklumat pengundi hantu ini adalah seperti berikut:


Semakan di laman Web JPN menunjukkan identiti  Farhana 
Binti Abdul Rashid tidak wujud.






Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu...?

sedangkan SPR mempunyai Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST)  yang telah dihubungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos 2011 di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia beranggapan mungkin telah berlaku kecuaian manusia yang menyebabkan sebuah kampung  dibenarkan mengundi....

Salah satu punca kepada masalah ini adalah kerana SPR tidak mempunyai sistem pengesahan pengundi yang benar-benar mantap...

Kecuaian manusia tidak dapat dikesan oleh sistem selepas data-data dimasukkan.

Dewan Pemuda PAS juga mendesak kepada SPR agar menggugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak. 

(aku pernah ceritakan kat korang hal bayaran ni kan.?)

Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. 

Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih.  

Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.

Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. 

Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih. 

Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. 

Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR.

lagi satu isu adalah tempoh bantahan...
Tempoh bantahan juga terlalu singkat dan tidak munasabah iaitu hanya 5 hari sahaja termasuk 2 hari bercuti.  

Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011... 
SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. 

Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga selasa
(jumamat sampai selasa termasuk hari cuti..? hari cuti..?
bengong ke hape..?

Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan.  

Bayaran dan tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan.

Dewan Pemuda PAS mendesak agar tempoh bantahan ini dipanjangkan dan bayaran kepada pembantah digugurkan. Ini  bagi memudahkan semua pihak membuat pembersihan daftar pemilih di masa akan datang.

bermacam cara yang menyusahkan orang awam untuk membuat bantahan....
sepatutnya dimudahkan...
 
Bookmark and Share

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive