Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 7 August 2011

KALAU BENAR RAKYAT MENOLAK ANWAR,KENAPA MASIH SERANG ANWAR?


Umno ni kan..
apa pun tak boleh...

mereka ni tak habis-habis mendakwa bahawa rakyat negara ni dah tidak menerima Anwar dah lah..

Anwar liabiliti kepada Pakatan Rakyat lah..
Zaman Anwar sudah berlalu lah...

tapi korang perasan tak..?
aku memang perasan sangat...

sejak dari perhimpunan agung UMNO 1999 sehinggggggaaaaaaalah sekarang ni tak habis-habis UMNO serang Anwar...

sehinggakan pernah sekali aku mendengar ada seorang perempuan "atas pagar" yang perasan tindakan UMNO ni menegur... dia kata 

" tak habis-habis cerita pasal Anwar,naik boring aku dengan politik kerajaan ni.." 

kah kah kah... nah hambik kau...kerajaan yang dia kutuk balik.... bodoh betul cara kerajaan ni..

yer,rakyat dah muak.. 
rakyat dah boring.. 
tapi rakyat dah muak dan boring tu bukan boringkan Anwar.. bukan muak pada Anwar,...

tapi rakyat yang ikut politik  sekadar suam-suam kuku jer.. (atas pagar ler tu) 
berasa muak dengan tindakan UMNO dan Kerajaan yang tak habis-habis menjaja cerita berkenaan Anwar...

sehinggakan nilai kepada berita yang dibawakan oleh UMNO tentang Anwar sudah tidak ada lagi dan akan "dibangkul sampahkan oleh rakyat"

yang terbaharu..kenyataan dari 
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee...

Beliau berkata :- 

rakyat sememangnya sudah menolak Anwar dan semakin meluat dengan cerita dongeng yang dijaja oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terutama dalam usahanya 'membersihkan diri' daripada pelbagai isu.

Habis.. kalau betul rakyat sudah menolak Anwar,kenapa dia diserang tak habis-habis..? 
soalnya sekarang kenapa UMNO sangat takutkan kebangkitan seorang yang bernama Anwar Ibrahim ni kalau memang benar rakyat dah tolak Anwar...?
patutnya kalau benar rakyat menolak Anwar,biarkan je lah macam Khir Toyo tu... 
ada sesiapa yang datang support Khir Toyo ker sewaktu dia ke mahkamah...? 
ada ker...? hehehe..

haaa.. orang seperti Khir Toyo tu lah baru boleh kita katakan rakyat dah tak mahu dah... orang kelantan cakap "tok sey"..


Ketua UMNO Cheras ini juga berkata
"Anwar sewajarnya memberikan perhatian kepada keluarganya setelah beliau selama ini bergelumang dengan masalah moral yang menjijikkan."

Memang sejak dari Anwar dipenjarakan dahulu atas usaha UMNO yang memenjarakan beliau,keluarga dia lah yang banyak membantu beliau dari belakang dari segi moral.. Anwar tidak bergelumang dengan masalah moral yang menjijikkan.. 
itu semua adalah rekasaya dari UMNO yang sememangnya dari dulu lagi ingin menamatkan Karier politik Anwar Ibrahim..



"Anwar juga patut rasa malu untuk berdepan dengan masyarakat yang sudah tidak dapat lagi menerima beberapa siri pembohongan dan sandiwara politiknya,'' kata Syed Ali lagi...

Sekarang kalau kita lihat,UMNO lah yang bermain sandiwara politik, sewaktu UMNO lemah inilah maka kita lihat mereka berlakon seolah-olah mereka pejuang rakyat...

jika benar UMNO perjuangkan rakyat,kenapa menghalang usaha kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan semula hak air kepada rakyat selangor..? 

kenapa perlu menyukarkan usaha yang ingin dibawa oleh Selangor..? 

kenapa UMNO dari dulu hingga sekarang ini masih menyekat dan menghadkan peruntukan pusat ke Kelantan..?
kenapa..? kerana itu hanyalah sandiwara politik UMNO saje..


Anwar juga, ujar beliau, adalah orang yang bertanggungjawab mempelopori budaya politik kebencian dan dendam sebaik sahaja disingkirkan daripada UMNO dan kerajaan.

Sikap benci membenci dan dendam politik ini adalah makanan dan budaya dalam UMNO... yang Syed Ali dendam dan benci kepada Anwar tak habis-habis ni pun merupakan contoh terbaik.. 
menghentam Anwar secara terus-terus adalah lambang kepada politik dendam dan sifat kebencian itu ada dalam jiwa orang UMNO...

Bermula daripada itu, Anwar mula membuat percaturan supaya orang Melayu berpecah dan menyokong bukan Melayu bersikap biadab mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan institusi raja-raja Melayu,'' katanya.

Melayu berpecah akibat dari sikap kerakusan kuasa dan tamaknyer seorang pemimpin bernama Mahathir... yang sanggup memecat Anwar Ibrahim demi kelangsungan kuasa beliau..

Kalau isu menghina raja-raja melayu ni,UMNO tak boleh nak cakap kat orang lain sehinggalah hari kiamat... kerana sejarah dah membuktikan bahawa UMNO lah yang pertama sekali menghina raja-raja melayu... korang tengok jer lah gambar tu...


ujar beliau lagi... (tak bosan dia ni yer dalam memfitnah Anwar)
Di luar negara, beliau berkomplot dengan media asing termasuk dalam kalangan Yahudi untuk merosakkan kestabilan ekonomi, budaya dan politik negara ini.

Setahu aku BN yang membayar APCO sebanyak RM77 juta setahun... 
2008 dan 2009 sahaja dah RM150 juta yang di bayar kepada APCO yahudi tu...

dan BN jugalah yang membayar FBC Media untuk kepentingan imej BN dan pemimpin-pemimpin BN di mata dunia... 
sekarang ni pun BBC dah menggantung program FBC Media kerana  FBC Media sedang dalam siasatan menerima hampir RM100 juta dari kerajaan malaysia untuk menaikkan imej BN di mata dunia.. 100 juta tu beb...


Jadi itulah jawapan yang aku nak huraikan kepada kenyataan  bodoh 
dari Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee

2 comments:

  1. Astagfirullah Hal Azim, Ramadhan almubarak ni bawa bawa beramal soleh, tunaikan Hak Allah sebaik baiknya .

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. terima kasih atas ingatan ikhlas itu...
    aku cuma menerangkan pada yang mungkin dikelirukan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive